Saturday, March 15, 2008

Permulaan Baru

Isnin lalu aku mula mengikuti kursus selama 6 minggu di INTAN sebagai persediaan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana bulan Julai nanti. Dari pejabat yang sama, 5 orang (termasuk aku) dihantar mengikuti kursus ini. Terasa beruntung kerana diberikan peluang dan diberikan pelepasan untuk menuntut ilmu. Ku anggap ini sebagai satu titik permulaan kehidupan semula sebagai penuntut dan sebagai 'break' daripada tekanan beban kerja yang sentiasa ada. Namun, tidak dapat dinafikan kehidupan sebagai penuntut juga penuh dengan tekanan. Ku panjatkan doa kepada-Nya semoga dapat mengharungi kehidupan mendatang dengan jaya.

Lirik lagu Daniell sering menjadi rentak di hati untuk meneruskan cita-cita ini...

Inginku tuliskan nota - nota
Laguku mengikut rentak kita
Dengarkan suara
Mimpiku bertemankan namamu
Senantiasa selalu ( selalu )
Sedalam tinggi
Seluas jauh
Begitulah cita - cita ku
Sekiranya kau ingin tahu
Selama ini
Hingga ke akhirnya
Suka duka senyum selalu
Kita bersama punya satu
...Mimpi

Saturday, March 8, 2008

PRU12 - Malaysia Baru

Last night, I missed my favourite show, Survivor but the outcome of PRU12 sounds like familiar words in Survivor 'The tribe has spoken' only change to... The people has spoken!

Itulah suara hati rakyat Malaysia. Saya mendoakan agar pakatan Barisan Rakyat/Alternatif (atau apa sahaja dipanggil mereka) tetap sepakat bersatu hati untuk berusaha merealisasikan hasrat rakyat dan janji mereka demi perubahan yang positif untuk negara tercinta ini. Semoga perubahan ini membawa penuh kebaikan kepada seluruh rakyat tidak kira di pihak mana mereka berada. Jangan diamalkan syak wasangka atau prejudis sesama kita bangsa Malaysia. Namun haruslah mereka berwaspada dengan kemungkinan lagaan oleh pihak lain yang pasti cuba untuk meruntuhkan kesefahaman ini. Teruskan berusaha dan saling tolak ansur demi kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia.

Friday, March 7, 2008

Selamat Mengundi!

Tak sampai lagi 9 jam, lebih 10.5 juta rakyat Malaysia diberikan peluang untuk memilih kerajaan yang bakal mencorakkan negara ini. Tak sabar-sabar rasa hati ini untuk menunaikan tanggungjawab tersebut. Tapi rasa sedih juga tak dapat dihindarkan dari hati kerana ramai rakan lama, ahli keluarga juga rakan sepejabat yang mengambil sikap tidak kisah dengan tidak mahu keluar mengundi esok hari. Pelbagai alasan yang diberikan... tak kisah siapapun yang memerintah, kos mahal untuk balik, ada kenduri kahwin kawan atau saudara rapat malah ada yang terlampau kecewa dengan perjalanan pilihanraya dan politik di Malaysia. Ada juga yang cakap begitu berdegar-degar tapi tak berdaftar pun sebagai pemilih...hemmm... Apapun, saya nak ucapkan kepada semua yang layak dan mahu keluar mengundi, SELAMAT MENGUNDI. Buatlah pilihan yang tepat dan bijak demi masa depan kita semua, anak-anak kita, agama dan tanahair kita yang tercinta ini. Semoga pilihan kita diredhai Allah dan ingatlah, apapun pilihan kita, itulah yang akan dipersoalkan di depan-Nya nanti.