Sunday, August 31, 2008

MERDEKA! dan Selamat Berpuasa


MERDEKA! Negaraku menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 51. Alhamdulillah! Sempat juga kami memasang dan mengibarkan tiga bendera Malaysia di depan rumah, dengan usaha Luqman memanjat beranda rumah.Tapi pada hari Sabtu dan pada hari merdeka tu sendiri (Ahad), terpaksa kuhadapi 3 kertas peperiksaan. Walaupun telah berusaha bersedia sebelum peperiksaan, dan berusaha menjawab soalan dengan sebaiknya, tapi hati terasa walang... Rasanya jawapan jauh tersasar... Sedih dan ralat rasa hati. Pening dan berat kepala masih terasa sampai ke hari ini.

Apa-apapun, alhamdulillah bulan Ramadhan telah mengunjungi kita semua. Semoga ibadat puasa dan amalan kita akan diterima dengan sepenuh keredhaan oleh Yang Maha Esa. Semoga Allah memberikan kita semua kesihatan akal dan tubuh badan, murahkan dan berkati rezeki, kuatkan iman kami dan jauhkan kami dari penyakit berbahaya, fitnah dunia dan azab api neraka. Maaf zahir batin. SELAMAT BERPUASA!

Sunday, August 24, 2008

Aktiviti Cuti Sekolah

Hampir tiga hari kami bercuti di kampungku, ada dua aktiviti utama Abang, Kakak dan Adik... membuat rantai tangan dari manik, dan kraftangan dari kertas kitar semula. Semua tu diinspirasikan oleh hasil kerja tangan TokMi yang cantik-cantik di rumah. Sibuk dan tekun mereka mengikut dan mencuba dengan tunjuk ajar nenek mereka. Tak sangka Abang Luqman pun bersungguh-sunguh berminat membuat rantai manik untuk Adik. Adik... biasa la... hangat-hangat taik ayam. Bersungguh-sungguh nak buat, akhirnya TokMi dan Abang Luqman juga yang kena siapkan untuk dia...hemm...

Untuk kraftangan dari kertas pulak, tak tahu nak diberikan nama apa. Tapi cantik sungguh saya tengok Ummi buat. Seakan-akan rotan pun iya. Tapi bila diambil gambar, tak outstanding pulak seninya tu... mungkin sebab yang tukang ambik gambar tu tak terror... hehehe... Akhirnya dua tiga plastik kami bawak balik rumah hasil kerja tangan anak-anak dan juga TokMi (Sempat lagi budak-budak tu kecek yang TokMi punya...). Kata Kakak dan Adik, nak bagi pada cikgu. Hai... bertuah cikgu-cikgu mereka. Terima kasih TokMi! Jumpa lagi raya nanti. Selamat berpuasa semua.

Saturday, August 23, 2008

Pemasyhuran Majlis Perbandaran Dungun

20082008 Bertolak balik ke Dungun selepas menjengah bertanya khabar Nyang di rumah MokSu, dan singgah di kedai Kak Mi, mengambil baju raya Kakak dan Adik. Di pertengahan perjalanan, terima panggilan dari Ummi, maklumkan hari ini ada majlis sambutan pemasyhuran MDD kepada MPD yang lokasi sambutan cuma di depan rumah. Jadi kebanyakan jalan ke rumah ditutup, kena sampai di rumah cepat la sikit, katanya. Ooo... besar-besaran jugak la sambutannya, agak kami yang dalam kereta ni.
Kami singgah juga di Seberang Marang, makan tengahari di rumah Tok. Dari Rantau Abang lagi, kelihatan banner/'bunting' Majlis Pemasyhuran Majlis Perbandaran Dungun sungguh meriah di kiri kanan jalanraya. Hampir tiba di Dungun melalui jambatan baru di Seberang Pintasan memang kelihatan berbeza permandangan kampungku kali ini... penuh bendera berwarna-warni mewakili warna daerah-daerah di Terengganu.Alhamdulillah, tiada masalah tiba di rumah. Di sebelah malamnya pula, upacara pemasyhuran turut diiringi pertunjukan bunga api. Kalau di Putrajaya, kami menikmati pertunjukan bunga api dari jauh, di sini bunga apinya atas kepala aje... depan rumah pulak tu. Waa... kira besar-besaranlah sambutan di kampungku sekarang... (tapi berapa banyaklah duit rakyat dibakar pulak kali ini...hemmm)

Habis semua pokok dibaluti lampu berwarna-warni, tapi kebanyakannya warna biru la. Hemm...kesian la kat burung-burung sepanjang dua minggu ni tak boleh nak tidur lena... cerah sangat 'rumah' mereka...
Apa-apapun, tahniahlah kepada MDD kerana telah menjadi salah satu majlis perbandaran di Terengganu. Cuma harapan seluruh rakyat di sini, janganlah pulak sehari dua selepas ini cukai tanah dan cukai pintu naik mendadak la pulak!

Belalang Goreng?

Balik kampung! Pagi-pagi Isnin 180808, lebih kurang 9 pagi, kami bertolak balik ke Kelantan dulu. Tapi tiba di Pasir Puteh hampir 9 malam! Lama betul perjalanan kami tapi lama tu kerana banyak tempat persinggahannya. Tambahan pulak hujan lebat di pertengahan perjalanan. Alang-alang cuti singgah la sekali di rumah sedara-mara yang jarang-jarang ketemu. Just dropby at Laloh, rupa-rupanya anak buah Abang baru dapat anak lelaki sulung. Tahniah, Na!

Pagi Selasa 190808, Luqman sibuk cari kamera. Nak ambik gambar belalang, katanya. Ooo... rupa-rupanya Ayah dan Tok Ayah tengah bertungkus-lumus 'menyiang' belalang.


Ta... da... Ini dia belalang goreng, menu makan tengahari.

Siapa pernah rasa? Ayah sibuk mengajak Abang, Kakak, dan Adik rasa. Mula-mula semua cuak aje... tak nak... tapi sekali rasa, hemm... Kakak dan Abang terus sambung makan dengan nasi. Cuma Adik aje yang hanya rasa seekor. Ibu...? Hehehe... langsung tak rasa...terima kasih la... hehehe...

Mid-Term Break

Sebenarnya sebagai full-time student saya ada cuti mid-term tapi kerana 3 kelas saya diadakan bersama-sama dengan part-time students, jadi cuti itu semacam tak ada. Bagaimanapun, alhamdulillah, minggu lepas kami berjaya memujuk ketiga-tiga prof kami untuk bermurah hati memberikan kami mid-term break. Thanks Profs... Jadi apa lagi... habis aje kelas petang Ahad lepas 170808, terus berkemas untuk balik kampung!! Yeahoo...