Saturday, October 25, 2008

Keputusannya...

Lewat malam tadi kami terima sms dari Kakak. Setelah membuat persembahan mereka malam tadi, akhirnya keputusan yang diterima, pasukan mereka mendapat tempat keempat! Tahniah Kakak! Walaupun tak berjaya mendapat hadiah tapi dapat nombor 4 dari 16 pasukan yang bertanding mewakili setiap negeri di Malaysia cukup membanggakan untuk tempoh latihan yang singkat. Apa yang lebih penting, Kakak dapat pengalaman yang menyeronokkan dan semangat berpasukan. Tahniah...

Rekorder Essemble di JB

25 Oktober 2008
Setelah berlatih secara intensif selama 10 hari, akhirnya Kakak bertolak ke Johor Bahru pada pagi Jumaat (24/10) dari sekolahnya bersama-sama hampir 20 orang rakan sepasukan. Mereka akan mewakili sekolah rendah Putrajaya dalam pertandingan rekorder peringkat kebangsaan peringkat sekolah rendah yang akan diadakan di JB. Walaupun pada asalnya dipilih secara bidan terjun, setelah menjalani latihan intensif, semoga Kakak dan rakan-rakannya berjaya memberikan persembahan yang terbaik malam ini. Ibu sentiasa doakan Kakak berjaya dalam apa jua yang Kakak lakukan. Selamat berjaya...



Semasa latihan akhir malam Jumaat lepas di Presint 16 bersama seorang rakan dan kami sekeluarga hadir memberi sokongan (kerana tak dapat nak beri sokongan di JB nanti).

Monday, October 20, 2008

Aduh... kesian Adik Kakak

Awal minggu lepas Kakak dan Adik dapat jadual peperiksaan akhir tahun sekolah agama. Peperiksaannya dijadualkan mula hari ini Isnin 20/10 sampai Jumaat 24/10. Tapi pada saat-saat akhir Jumaat lepas, Ayah dimaklumkan oleh Ustaz semasa jamuan raya, peperiksaan akhir tahun minggu depan terpaksa ditangguhkan. Dan pelajar tahun 1 hingga 4 tak ada kelas sepanjang minggu depan kerana ustaz dan ustazah perlu hadir kursus. Jadi, Adik free sepanjang petang minggu ini dan Kakak pun lega kerana dapat hadir latihan rekorder tanpa risau tak hadir periksa akhir tahun.

Hari ini selepas pulang sekolah kebangsaan, Adik, Kakak dan Ibu bersenang-lenang bersiap-siap untuk pergi berjalan-jalan ke Alamanda. Kata mereka, dah lama tak pergi sebab minggu lepas ada peperiksaan akhir tahun sekolah kebangsaan. Lepas bersiap-siap dan nak masuk kereta, hampir pukul 3 pm tiba-tiba ibu dapat panggilan telefon dari seorang kawan (ibu kepada kawan Laili)... "Nad, eh sekolah agama ada la. I baru je gi hantar anak i. Ada exam lagi...!". Hah! Terkejut habis kami bertiga... Apalagi Kakak dan Adik macam lipas kudung bersiap tukar baju sekolah agama, ambil beg dan terus masuk kereta. Ibu pun kelam kabut masuk kereta dan hantar mereka ke sekolah. Aduh! Kesian mereka... jawab periksa akhir tahunpun secara bidan terjun.Tak apalah Adik.. Kakak.. cubalah buat yang terbaik. Jawablah apa yang Adik Kakak tahu ya. Langsung tak sempat buat ulangkaji hujung minggu baru ni sebab dah dimaklumkan tangguh. Selamat berjaya Kakak Adik! InsyaAllah...

(Apapun ibu bengang yang amat pada ustaz dan ustazah yang beri maklumat salah tu...)

Wednesday, October 15, 2008

Selamat Hari Lahir, Kakak!

2 Oktober 2008 - Tanggal ulangtahun kelahiran ke-10 Kakak. Dah besar anak ibu ni. Kasutpun dah saiz besar dari ibunya. Bagaimanapun kerana tarikhnya jatuh bersamaan dengan hari raya puasa tahun ini, sambutannya hanyalah sekadar sebiji kek. Maaf Kakak, ibu tak sempat nak belikan atau buatkan kad atau hadiah untuk kali ini. Kelam-kabut dengan peperiksaan sebelum balik kampung, dan sibuk pula dengan perjalanan pulang beraya.

Tapi Kakak... apa yang lebih penting, majlis kali ini diiringi doa oleh semua ahli keluarga, nenek, sepupu, mak dan bapa saudara. Lebih ramai yang berdoa semoga Kakak lebih diberkati, dirahmati dan dilindungi oleh Yang Maha Kuasa sentiasa. Semoga Kakak menjadi anak yang soleh, sihat dan cemerlang selalu.

... Ibu sayang Kakak...