Tuesday, April 28, 2009

Latihan ke Kinabalu

Ikut rancangan kawan-kawan sepengajian, kami akan ke Gunung Kinabalu akhir tahun ini selepas tamat semester 3. Bila bercerita tentang projek ni pada si Ayah, awal-awal lagi dia cadangkan (lebih kepada cabar rasanya...) kena buat latihan fizikal secara konsisten selama 6 bulan sebelum ke sana.

Jadi sebagai menyahut cabaran si Ayah, pagi-pagi Ahad selepas solat Subuh, kami sekeluarga (kecuali Ayah le..hmmm..) keluar berjogging ke tepian tasik di Presint 16. Ibu yang beria-ia mengajak anak-anak untuk menemani... konon-kononnya sebagai latihan awal untuk mendaki Gunung Kinabalu. Adik dan Abang
nampak seronok dan bersemangat meneman tapi kesian si Kakak... walaupun bersemangat tapi staminanya tak sekuat semangat. Baru berlari seberang jalan dah sakit perut. Jadi si Adik yang baik hati pun menemanlah Kakak berjalan-jalan je. Apa-apapun berjaya la juga kami berempat menamatkan sesi 'berjogging' Ahad baru ni lebih setengah jam untuk ... berapa km ye..? Latihan seterusnya akan bersambung hujung minggu ini pulak... Semoga lebih bersemangat selepas ini... hehehe...

(tapi hari Isnin dan Selasa habis seluruh badan terasa sengal dan lenguh...hahaha...penangan latihan...)

Tuesday, April 21, 2009

Terselit Kegembiraan

Ehemmm... dalam kesibukan yang teramat pada minggu lepas yang hampir tidak bernyawa... (alhamdulillah masih bernafas... ;-)), terselit juga kegembiraan yang menceriakan hidup kami sekeluarga. Walaupun pada mulanya hati ini amat berat untuk pergi kerana pada masa tu assignment belum siap tapi kerana mengenangkan anak-anak yang dah begitu teruja nak pergi dan sayang nak korbankan duit suami tersayang yang dahpun membeli tiket penerbangan, maka pergilah kami sekeluarga bercuti di Pulau Langkawi pada 11 hingga 14 April baru-baru ni. Itupun sebenarnya lebih kepada sebab mengikut cik Abang yang menghadiri seminar di sana.



Seronok melihat gelagat anak-anak yang seronok bagai nak rak sejak dari rumah, stesen erl, di KLIA, dalam kapalterbang apa tah lagi bila tiba di Berjaya Resort Langkawi. Walaupun badan masih penat dan sengal-sengal penangan assignment moot court, sempat jugak kami berjalan-jalan ke sekeliling pulau lagenda tu.

Sempat singgah dan naik cable car... Tinggi betul dan... gayat juga rasanya...hehehe...



Ayah dan abang Luqman sempat ikut trip island hooping, stopby di Pulau Lang dan berenang di Tasik Dayang Bunting...

Sebelum balik sempat juga kami sekeluarga mandi-manda di Telaga Tujuh setelah hampir-hampir Laila putus asa mendaki ke Telaga Tujuh dan berendam berjam di situ... Airnya sejuk yang amat tapi nyaman sekali. SubhanaAllah cantik sekali ciptaan Illahi. Terasa tenang dan lapang fikiran duduk di sana.


Minggu Yang Teramat Penat

Sepanjang minggu lalu rasanya hidup umpama di awangan. Ada malam yang hanya dapat tidur tiga jam. ada yang sejam setengah, ada malam yang langsung tak sempat tidur dan terus ke kelas pulak keesokan harinya. Hampir jadi zombi semuanya gara-gara assignment for moot court presentation! Subjek paling mencabar semester ini dan rasanya untuk keseluruhan kursus master ini. Dua tiga malam jugak la group members terpaksa bersengkang mata dan berkampung di rumah saya. Terima kasih buat Hyda, Suzei dan B. Juga terima kasih yang tak terhingga buat suami tersayang dan anak-anak yang memahami stress yang dialami sepanjang pengajian ini. Tanpa semua kesefahaman, kerjasama dan doa mereka tak mungkin dapat dilalui semua dugaan ini dengan tenang. Terima kasih semuanya. Terima kasih ya Allah! Alhamdulillah selamat sudah presentation for moot court pada 20 April 2009 lalu. Berlalu satu dugaan yang sangat membebankan akal fikiran dan kudrat mental. Semoga keputusan yang mendatang bakal menjadi suatu realiti yang menggembirakan. Tawakkal...