Friday, February 6, 2009

Sunyinya keseorangan

10 Safar 1430H:

Baru saja dua jam ditinggal keseorangan, rasanya begitu sunyi... sepi... Kalau biasanya petang-petang begini, bising suara abang kakak adik berebut remote, komputer, atau sibuk keluar masuk rumah, main bola. Ni walaupun dah pasang tv, depan pc pulak tu, hati rasa sunyi sepi.

Kesnya, mereka semua ikut ayah balik kampung tadi. Kebetulan ayah ada kerja di sana, dan Isnin ni cuti lagi, sambil-sambil tu boleh ikut hantar nenek balik. Ibu? Sedih... tak boleh ikut sebab esok lusa ada kelas. Sebab ibu pelajar yang baik ;-) ... ibu tak ponteng kelas. Nanti anak-anak ikut pulak di lain kali. Tak apa la... hati-hati ya ayah pandu kereta sorang-sorang tu. Semoga selamat di perjalanan pergi dan balik.

Tak sabar menunggu riuh kembali...

p/s dlm hati... buat assignment weh... banyak lagi belum buat tu...hehehe...


Saturday, January 24, 2009

Happy 8th Birthday, Adik!

Adik turns 8 today. Alhamdulillah...

But ibu has to leave home early and come back late for weekend classes. Sorry ya Adik...

Sayang Adik selalu...

Tuesday, January 13, 2009

Bersemangat ke sekolah

Hari ini dan semalam, Adik begitu bersemangat nak ke sekolah. Berbeza pada Isnin lepas, Adik begitu liat nak bangun ke sekolah. Hari ni seawal 6.15 am Adik dah ketuk pintu bilik ibu... nak ikat rambut! Bulat mata ibu tengok Adik dah siap mandi dan lengkap berbaju sekolah. Macam tak percaya je begitu bersemangat pulak Adik. Sambil rambut Adik disikat untuk diikat dua, Adik pun bercerita yang hari ini Adik ada latihan menyanyi lagu Hookey Pookey (..?) dan cikgu nak pilih siapa yang akan buat persembahan di sekolah nanti. Ooo... patutlah Adik cukup bersemangat... hemmm...

Monday, January 12, 2009

Imej Kakak Tahun 2009


Imej baru Kakak di tahun 5 tahun 2009.

Hujung tahun lepas, sebelum sekolah mula bercuti, Kakak dengan gembira membawa balik satu borang... memberitahu yang dia terpilih menjadi pengawas pusat sumber.

Minggu lepas masa mula sesi sekolah tahun 2009, Kakak belum berimej baru ni sebab ibu belum jahitkan lencana dan belum cari tali leher hijau tu. Hujung minggu pertama sekolah, semasa makan tengahari Jumaat Kakak bercerita... "Ibu, cikgu kata siapa tak pakai baju kemeja tu hari Isnin nanti, tak boleh jadi pengawas atau pengawas pusat sumber tau...". Hemm... berkias jugak Kakak ni...




Jadi, malam tadi sibuklah si ibu menyiapkan segala macam kelengkapan pakaian baru Kakak. Pagi tadi, Kakak bangun awal dan bersiap dengan gembiranya. Tersenyum seronok... Mungkin bangga juga terdetik di hati dia kot... ;)






Tapi si Adik langsung sebaliknya. Susahnya nak bangun tidur. Dah 7.10 am pun masih berselimut walaupun dah dikejutkan oleh 4 orang. Mula-mula abang, kakak, kemudian ayah dan akhirnya ibu datang kejut dengan mengelap air ke muka Adik. Masuk ke bilik air pun didukung ibu. Jirus ala kadar, pakaikan baju, ikat rambut... dah turun cepat! Kakak, Abang dah tunggu dalam kereta. Muka monyok je masuk kereta bawak twigiess vanila sebagai sarapan... Adik... adik...






Friday, December 26, 2008

Pejam Celik

Hampir sebulan tak menaip cerita sepanjang cuti. Pejam celik, pejam celik, dah nak habis cuti sekolah anak-anak dan juga sekolah ibu. Minggu depan dah mula kelas semula. Anak-anak pula 5 Januari 2009 nanti. Pelan nak berjalan ke sana sini ke macam-macam tempat di Malaysia tak tertunai rupanya. Hanya sempat balik ke kampung masa cuti raya haji 10 hari. Itu pun ada dugaannya... masa balik tu ibu dan ayah demam, ditambah pulak musim hujan dan banjir. Jadi tak ke mana jugak la...

Sepanjang cuti sebulan tu, ada la beberapa aktiviti. Walaupun cuma beberapa kali keluar, yang seronoknya bila tengok budak bertiga tu seronok...



Oppss... bila difikir-fikir balik, banyak jugak aktiviti cuti sekolah ni. Jalan-jalan cuma sekitar sini-sini je tapi gambar banyak sekali. Cuma tak terdaya nak upload kat sini je... lembab sangat internet connection ni...

Pejam celik, pejam celik dah masuk tahun 2009. Usia makin bertambah. Moga rezeki yang diberkati pun semakin bertambah. Selamat menyambut 1430 Hijrah dan tahun 2009!

Saturday, November 29, 2008

Berdua je dengan Adik


29 November 2008: Nampaknya hari ini ibu tinggal berdua sahaja dengan Adik di rumah. Baru saja menghantar Abang dan Kakak ke kem cuti sekolah 3 hari dua malam di Rembau. Asalnya bawa Adik jalan-jalan ke Alamanda tapi kejap je... Adik tak tahan... selsema tak boleh nak bernafas dalam aircond, siap merah mata lagi...Kesian Adik... Alhamdulillah demam hari tu dah baik.

Jadi sekarang duduk di rumah aje la sehari dua ni nampak gayanya... Hajat di hati nak belek dan scan gambar-gambar lama zaman sekolah dulu-dulu... nak masuk dalam simpanan tapi kena tengok la tahap kerajinan dulu. Lagipun kena tengok juga setakat mana nak dilayan karenah si manja yang tak sihat ni...

Abang Luqman dan Kak Laila... bersama sepupu Farah dan Aizat... nampaknya mereka gembira dan seronok nak ke kem. Hati-hati di kem sana ye. Patuhi arahan cikgu dan doa pada Allah selalu ya... Semoga selamat semuanya...

Tuesday, November 25, 2008

Laili dan Luqman demam

Laili dan Luqman demam sejak semalam (Isnin). Hari ini dah dibawa ke klinik. Luqman dapat 2 jenis ubat dan Laili... 4. Luqman demam selsema, tak teruk mana. Cuma Laili la...sepanjang semalam dan hari ni terbaring aje... tidur... Kesiannya tengok. Apa aje yang nak dimakan nak dibeli... tapi masalahnya... dia tak nak makan apa-apa. Cuma nak minum air 100Plus je. Tambah 'kering' badan Adik tu. Puas dipujuk-pujuk baru setuju la dia makan sup cendawan pizzahut. Bolehlah dibuat alas perut sebelum makan ubat. Jadi malam ni kenalah ibu bersengkang mata tidur-tidur ayam lagi... Cepat sihat ye anak-anak ibu... Nanti nak balik kampung...