Tuesday, April 28, 2009

Latihan ke Kinabalu

Ikut rancangan kawan-kawan sepengajian, kami akan ke Gunung Kinabalu akhir tahun ini selepas tamat semester 3. Bila bercerita tentang projek ni pada si Ayah, awal-awal lagi dia cadangkan (lebih kepada cabar rasanya...) kena buat latihan fizikal secara konsisten selama 6 bulan sebelum ke sana.

Jadi sebagai menyahut cabaran si Ayah, pagi-pagi Ahad selepas solat Subuh, kami sekeluarga (kecuali Ayah le..hmmm..) keluar berjogging ke tepian tasik di Presint 16. Ibu yang beria-ia mengajak anak-anak untuk menemani... konon-kononnya sebagai latihan awal untuk mendaki Gunung Kinabalu. Adik dan Abang
nampak seronok dan bersemangat meneman tapi kesian si Kakak... walaupun bersemangat tapi staminanya tak sekuat semangat. Baru berlari seberang jalan dah sakit perut. Jadi si Adik yang baik hati pun menemanlah Kakak berjalan-jalan je. Apa-apapun berjaya la juga kami berempat menamatkan sesi 'berjogging' Ahad baru ni lebih setengah jam untuk ... berapa km ye..? Latihan seterusnya akan bersambung hujung minggu ini pulak... Semoga lebih bersemangat selepas ini... hehehe...

(tapi hari Isnin dan Selasa habis seluruh badan terasa sengal dan lenguh...hahaha...penangan latihan...)

Tuesday, April 21, 2009

Terselit Kegembiraan

Ehemmm... dalam kesibukan yang teramat pada minggu lepas yang hampir tidak bernyawa... (alhamdulillah masih bernafas... ;-)), terselit juga kegembiraan yang menceriakan hidup kami sekeluarga. Walaupun pada mulanya hati ini amat berat untuk pergi kerana pada masa tu assignment belum siap tapi kerana mengenangkan anak-anak yang dah begitu teruja nak pergi dan sayang nak korbankan duit suami tersayang yang dahpun membeli tiket penerbangan, maka pergilah kami sekeluarga bercuti di Pulau Langkawi pada 11 hingga 14 April baru-baru ni. Itupun sebenarnya lebih kepada sebab mengikut cik Abang yang menghadiri seminar di sana.



Seronok melihat gelagat anak-anak yang seronok bagai nak rak sejak dari rumah, stesen erl, di KLIA, dalam kapalterbang apa tah lagi bila tiba di Berjaya Resort Langkawi. Walaupun badan masih penat dan sengal-sengal penangan assignment moot court, sempat jugak kami berjalan-jalan ke sekeliling pulau lagenda tu.

Sempat singgah dan naik cable car... Tinggi betul dan... gayat juga rasanya...hehehe...



Ayah dan abang Luqman sempat ikut trip island hooping, stopby di Pulau Lang dan berenang di Tasik Dayang Bunting...

Sebelum balik sempat juga kami sekeluarga mandi-manda di Telaga Tujuh setelah hampir-hampir Laila putus asa mendaki ke Telaga Tujuh dan berendam berjam di situ... Airnya sejuk yang amat tapi nyaman sekali. SubhanaAllah cantik sekali ciptaan Illahi. Terasa tenang dan lapang fikiran duduk di sana.


Minggu Yang Teramat Penat

Sepanjang minggu lalu rasanya hidup umpama di awangan. Ada malam yang hanya dapat tidur tiga jam. ada yang sejam setengah, ada malam yang langsung tak sempat tidur dan terus ke kelas pulak keesokan harinya. Hampir jadi zombi semuanya gara-gara assignment for moot court presentation! Subjek paling mencabar semester ini dan rasanya untuk keseluruhan kursus master ini. Dua tiga malam jugak la group members terpaksa bersengkang mata dan berkampung di rumah saya. Terima kasih buat Hyda, Suzei dan B. Juga terima kasih yang tak terhingga buat suami tersayang dan anak-anak yang memahami stress yang dialami sepanjang pengajian ini. Tanpa semua kesefahaman, kerjasama dan doa mereka tak mungkin dapat dilalui semua dugaan ini dengan tenang. Terima kasih semuanya. Terima kasih ya Allah! Alhamdulillah selamat sudah presentation for moot court pada 20 April 2009 lalu. Berlalu satu dugaan yang sangat membebankan akal fikiran dan kudrat mental. Semoga keputusan yang mendatang bakal menjadi suatu realiti yang menggembirakan. Tawakkal...

Monday, March 30, 2009

Cerita Bulan Mac 2009

31 Mac 2009:
Dah selesai peperiksaan akhir untuk dua subjek semester dua ini. Tinggal lagi dua subjek belum habis, satu untuk inter-sessi class selama 6 minggu. Satu lagi tinggal report dan moot court presentation. Tapi itu yang beratnya... 60%!

Apa-apa hal pun, banyak cerita nak diceritakan sepanjang sebulan ni.

1. Awal bulan ni, Laila main netball masa PJ kat sekolah. Tiba-tiba tiang netball tu jatuh, timpa kepala dia... kesian betul... Ada ke patut tiang tu ditahan dengan bata sebiji aje? Kan patutnya ada dua besi yang cucuk masuk tanah untuk pegang kuat tiang tu...? Balik rumah, nangis-nangis dia cerita. Nasib baik tak luka, cuma benjol aje kepala dia. Rasa cam nak marah je kat cikgu sekolah tu. Patutnya ensure la keselamatan peralatan dulu baru suruh budak-budak main...hemmm... Anyway alhamdulillah, dah bawak jumpa doktor cakap tak de apa-apa... alhamdulillah...

2. Satu hari, Laili balik rumah cerita masa subjek agama islam hari tu dia tak ngaji. Tanya la dia kenapa adik tak ngaji..? Jawab Laili sebab ramai budak-budak yang ngaji tapi Ustaz kata Ustaz tak sempat nak ajar semua. Jadi Ustaz minta tolong Laili ajarkan 7 orang kawan sekelas dia surah Al-Fill sebab Laili dah baca al-Quran... Oooo... jadi ustazah la kejap adik hari tu... alhamdulillah...

3. Abang Luqman mewakili pasukan kawad kumpulan hijau untuk sukan sekolahnya. Berhari-hari berlatih bersungguh-sungguh untuk mengekalkan kejuaraan kumpulan hijau yang dah menang 6 tahun berturut-turut tahun sebelumnya. Dua hari sebelum hari sukan, masa rehersal tiba-tiba abang Luqman jatuh pitam... kesian... katanya sebab kena berdiri tegak lama sangat, tak macam masa latihan. Tapi dia cuma pitam sekejap je, kawan-kawan pimpin rehat ke tepi je sekejap. Lepas tu ok balik... Ada sorang budak perempuan tu siap dibawa ke hospital dengan ambulan sebab pengsan... Bagaimanapun, berbaloi la latihan yang intensif tu sebab kumpulan hijau masih juga juara kawad sekolahnya tahun ini... untuk tahun ketujuh berturut-turut! Tahniah ye, Luqman...

4. Minggu lepas, dua tiga hari Laila asyik sakit perut. Dah makan ikut masa, siap bekalkan biskut masa pergi sekolah, dah sapu minyak angin kat perut, tapi asyik mengadu sakit perut. Bila dibawa jumpa doktor, katanya... cacing! Hah!... macam tak percaya itu je sebabnya...? Anyway, dah makan ubat cacing. Sekarang cuba amalkan nasihat doktor, makan buah prune supaya senang buang air...hehehe...

Alamak... dok tengah tiap cerita ni tiba-tiba datang orang hantar barang. Apa ni...? Hoho.. surprise dari cik abang... haa... dia beli tv baru?? Hemmm....

Tuesday, February 24, 2009

Isnin yang santai...

Hari Ahad 22 Februari 2009 hari sukan sekolah Kakak dan Adik. Hanya Kakak yang join hari sukan sekolah. Itupun cuma untuk pertandingan kawat perbarisan. Adik lebih senang duduk bergolek-golek di depan tv bersama Abang di rumah daripada berseronok berpanas dengan kawan-kawan di padang sekolah. Apa lagi program kartun hari Ahad memang sukar dilepaskan. Kata Adik lagi, tak ada acara untuk tahap 1. Apa-apapun tahniah buat Kakak dan kumpulan Merahnya sebab berjaya memenangi tempat pertama perbarisan sukan tahun ini walaupun juara sukan keseluruhan jatuh kepada rumah Kuning.

Jadi, hari Isnin 23022009, sekolah Kakak dan Adik bercuti sempena hari sukan pada Ahad sebelumnya. Ibu pun bercadang nak release tension selepas dua hari kelas Sabtu Ahad yang turut ada midterm exam yang memenatkan (walaupun masih ada 3 assignments yang nak dihantar minggu ini pulak...hergh..) Jadi kami bertiga buat topeng rama-rama untuk Adik, dan selepas siap Adik dengan seronoknya berposing dengan topeng kuning tu. Kakakpun masuk sekaki la. Hehehe... langsung tak rupa rama-rama kan...



Tengahari tu pulak kami masak bersama-sama selepas balik beli lauk di Mydin (sebab dah boikot yang 'besar-besar' lain). Masak lauk untuk makan tengahari dan buat puding karamel untuk minum petang lepas dia orang balik sekolah agama nanti. Untuk bersama Ibu yang jarang-jarang memasak ;-) cukup seronok budak berdua tu menolong di dapur. Alhamdulillah... inilah nikmat dan ketenangan yang kadang-kadang terlupa untuk dihargai.

Monday, February 23, 2009

Yearly Handbook

Yesterday, I received an email from a friend, Jai (almost 21 years have not seen her). Her email came at a very right time... when I really need those encouragement in life. Thanks Jai... and I would like to post it here as a reminder to myself...
_________________________________________________________________________

A handbook for each and every year indeed !


Health:

1. Drink plenty of water.
2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar.
3. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured in plants.
4. Live with the 3 E's ; Energy, Enthusiasm, and Empathy.
5. Make time to practice meditation, yoga, and prayer.
6. Play more games.
7. Read more books than you did in 2008.
8. Sit in silence for at least 10 minutes each day.
9. Sleep for 7 hours.
10. Take a 10-30 minutes walk every day. And while you walk, smile.


Personality:

11. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.
12. Don't have negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.
13. Don't over do. Keep your limits.
14. Don't take yourself so seriously. No one else does.
15. Don't waste your precious energy on gossip.
16. Dream more while you are awake..
17. Envy is a waste of time. You already have all you need.
18. Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.

19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
20. Make peace with your past so it won't spoil the present.

21. No one is in charge of your happiness except you.
22. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
23. Smile and laugh more.
24. You don't have to win every argument. Agree to disagree.


Society:

25. Call your family often.
26. Each day give something good to others.
27. Forgive everyone for everything.
28. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.
29. Try to make at least three people smile each day.
30. What other people think of you is none of your business.
31. Your job won't take care of you when you are sick. Your friends will. Stay in touch.


Life:

32. Do the right thing!
33. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.
34. GOD heals everything.
35. However good or bad a situation is, it will change.
36. No matter how you feel, get up, dress up and show up.
37. The best is yet to come.
38. When you awake alive in the morning, thank GOD for it.
39. Your Inner most is always happy.

SO... BE HAPPY AND ENJOY YOUR LIFE.


Sunday, February 22, 2009

Fikir-fikir

Tak baca rasa salah, baca pun rasa salah jugak. Eiii... tak tahu la nak komen apa pada diri sendiri. Inilah yang dirasa sekarang. Hari Sabtu lalu ada midterm exam. Pada mulanya rasa macam dah bersedia. Iyalah dah review lectures' notes, dah baca 6 chapters yang diberitahu oleh lecturer, juga dah review last semester's notes and past semesters questions. Tambah lagi ada pulak bincang-bincang dengan rakan sekelas. Tapi... bila lepas exam nya, hati rasa cuak betul. Tah apa-apa dijawab tadi. Segala yang dibaca, difaham, dihafal macam bayangan je. Macamana ni... Apa nak buat lagi lepas ni untuk hadapi final exam pulak? Aduh! Berpusing-pusing kepala memikirkan hal ni...

Think...think..think...