Friday, October 9, 2009

Pengalaman yang mencabar minda

Pejam celik hampir tamat semester ketiga pengajianku.

Dari kesemua 13 subjek yang diambil, ada satu subjek ni yang betul-betul mencabar keupayaanku hingga melampaui tahap maksimum yang boleh ditolerate. Dari hari pertama kelas, hingga ke hari terakhir, macam-macam dugaan yang terlampau terpaksa ditempuhi. Hingga ke hari ini, penangan subjek tersebut masih menghantui membelenggu kehidupan seharianku. Jika sebelum ini, jarang-jarang benar mataku gagal lena sebarang malam, namun subjek ini memaksa mataku berjaga berhari-hari hinggakan tidur satu dua jam atau tak tidur langsung semalam dua menjadi lumrah. Penatnya minda memikirkan kehendak kertas yang perlu diisi, penatnya badan menahan kehendak fizikal untuk istirahat. Jenuh memendam rasa dan menjeruk perasaan sepanjang subjek ini.

Walaupun banyak ilmu dan kemahiran baru yang diperolehi dari cabaran ini, rasanya cukuplah setahap ini usahaku... Ya Tuhanku... aku benar-benar penat... letihku tiada daya upaya untuk berusaha lebih gigih lagi...

Permudahkanlah urusanku, Ya Allah dan berkatilah kehidupan hambamu yang naif ini...

Monday, August 3, 2009

Penghujung Tanah Besar Asia

31 Julai 2009: Setelah sekian lama menyepi dari menitip cerita di blog ini penangan kesibukan terlampau semester 3 ini, akhirnya berjaya juga ku mencuri sedikit masa untuk menukilkan kejayaan ke titik penghujung (paling selatan) benua Asia di Tanjung Piai, Pulai, Johor.

Walaupun jejak kaki ku di titik penghujung Asia yang berada dalam Taman Negara Negeri Johor ini tidak dirancang, mungkin inilah sedikit kejutan dan kenangan menarik sepanjang pemergian ke Pulai di atas keperluan menyempurnakan tugasan satu subjek yang diambil semester ini. Jika tidak akibat penangan kerja kursus ini, mungkin aku tidak menyedari dan mengenali di mana itu penghujung besar tanah Asia ini, yang rupa-rupanya di Malaysia.

Walaupun pencapaian ini hanya sekadar berada di tanahair sendiri, hatiku penuh perasaan bangga...

Malaysiaku... rupanya banyak lagi tempat menarik yang perlu diterokai...

Tuesday, May 26, 2009

Baiknya abang...


Masa sesi riadah komuniti P16 baru ni...

Seronok hati ibu melihat abang yang begitu baik melayan karenah adik yang kepenatan berjoging pagi hujung minggu 16052009. Asalkan mereka gembira, ibu pun turut gembira.

Sunday, May 24, 2009

Luqman's Photography Camp

Among lots of Luqman's output of 2 days photography camp from 23 till 24 May 2009 at Wetland Putrajaya. Well done Luqman! Practice makes perfect...

After all, tomorrow will be my kids' mid term exams. So, wishing Luqman, Laila and Laili best of luck and may do their very best in the exams.

Saturday, May 23, 2009

Outing Day



23052009 : Cycling at Wetland Putrajaya relaxing with Adik dan Kakak, after sending Abang to 2 days photography camp there. We decided to change our training method this week from jogging in the past 4 weeks to jogging and cycling. And the girls seem really like it. Me too actually... ;) after so long left the bicycle pedals.

Then enjoy the beautiful scenery and truly fresh air... hmmm... will come again later hopefully...

Wednesday, May 6, 2009

Tahniah Abang Luqman!

Khamis lepas Abang Luqman terpilih mewakili sekolahnya ke kejohanan bowling MSSD Putrajaya. Kejohanan tersebut bermula Isnin 4 - 6 Mei 2009 di Arlbowl Alamanda Putrajaya. Pada mula-mula perlawanan ibu rasa cuak melihat corak permainan Luqman yang agak gabra... almaklumlah kali pertama mewakili sekolah. Ataupun mungkin juga sebab tak selesa ibu ayah ada sekali memerhati.


Jadi selepas 4 kali baling, ibu dan ayah beredar dengan doa semoga dia lebih yakin dan tenang dengan perlawanan ini. Cikgu penasihat pun nampaknya tak putus-putus memberikan perangsang dan semangat kepada Luqman. Memang dia agak tertekan kerana dua ahli kumpulannya (4 orang satu kumpulan) sentiasa dapat 10 pins untuk 4 kali baling tu... hoho.. memang terrer betul yang dua tu.Tengoklah cara balingan dan aksi dua kawannya ni...



Masa pusingan ketiga ibu datang menjenguk semula. Nampaknya Luqman dah gembira dan yakin. Dan sempatlah ibu lihat Luqman dapat 10 pins dengan tepukan gemuruh sokongan rakan sesekolah.



Dan hari ni... Luqman dan kumpulannya hadir untuk menerima hadiah... tempat ketiga dari 8 kumpulan yang bertanding! Tahniah Abang Luqman.... dan rakan sekumpulannya yang terrer tu berjaya menjuarai kategori individu. Teruskan usaha untuk kejohanan tahun depan pula...


Tuesday, April 28, 2009

Latihan ke Kinabalu

Ikut rancangan kawan-kawan sepengajian, kami akan ke Gunung Kinabalu akhir tahun ini selepas tamat semester 3. Bila bercerita tentang projek ni pada si Ayah, awal-awal lagi dia cadangkan (lebih kepada cabar rasanya...) kena buat latihan fizikal secara konsisten selama 6 bulan sebelum ke sana.

Jadi sebagai menyahut cabaran si Ayah, pagi-pagi Ahad selepas solat Subuh, kami sekeluarga (kecuali Ayah le..hmmm..) keluar berjogging ke tepian tasik di Presint 16. Ibu yang beria-ia mengajak anak-anak untuk menemani... konon-kononnya sebagai latihan awal untuk mendaki Gunung Kinabalu. Adik dan Abang
nampak seronok dan bersemangat meneman tapi kesian si Kakak... walaupun bersemangat tapi staminanya tak sekuat semangat. Baru berlari seberang jalan dah sakit perut. Jadi si Adik yang baik hati pun menemanlah Kakak berjalan-jalan je. Apa-apapun berjaya la juga kami berempat menamatkan sesi 'berjogging' Ahad baru ni lebih setengah jam untuk ... berapa km ye..? Latihan seterusnya akan bersambung hujung minggu ini pulak... Semoga lebih bersemangat selepas ini... hehehe...

(tapi hari Isnin dan Selasa habis seluruh badan terasa sengal dan lenguh...hahaha...penangan latihan...)