Saturday, July 19, 2008

Kesibukan Bermula

Masuk hari ke-10 saya tidak menjenguk apatah lagi menulis cerita di sini. Kesibukan hidup sebagai pelajar telah bermula. Walaupun baru 3 kelas bermula, pelbagai tugasan telah diberikan. Alhamdulillah, petang tadi telah selesai presentation pertama untuk tugasan kumpulan. Namun perlu pula menyiapkan laporannya secara bertulis. Semua tugasan perlukan banyak rujukan. Masalahnya internet access di rumah agak perlahan untuk proses downloading. Terpaksa juga ke kampus hampir setiap hari. Hemm... terasa juga penatnya dan jauhnya kampus yang dipilih. Be postive! Be strong!

Wednesday, July 9, 2008

Laili dan Izzati

Laili ada seorang kawan baik, dia panggil Izzati... nama penuh tak pasti pulak. Setiap hari pasti ada cerita tentang Izzati. Izzati bagi buku conteng, Izzati ada selipar baru dari Jepun, Izzati itu, Izzati ini. Walaupun tak sekelas semasa sekolah kebangsaan tapi masih makan bersama pada waktu rehat dan sekelas pula semasa sekolah agama pada sebelah petang. Mereka ada sifat berkawan dan berlumba yang positif. Dulu Izzati mengaji Iqra' 4, Laili dah Iqra' 5. Kemudian ayah Izzati ambil ustazah khas mengajar mengaji di rumah. Sekarang Izzati dah masuk helaian lebih 100 Al-Quran, dan Laili baru helaian 39. Setiap petang, habis sekolah agama terus ke taman dengan Laila untuk bermain bersama Izzati dan adiknya.

Hari ini sepulangnya Laili dari sekolah agama diam monyok semacam, letak beg dan terus naik ke atas. Dipanggil-panggil langsung tak menyahut macam orangnya tak ada kat rumah. Ditawarkan keropok lekor kegemarannya pun langsung tak ada respons. Aaiikk... pelik semacam aje ni. Kata ayah, "Pergi la tengok. Ada la yang tak kena tu." Langsung ibu naik dengan membawa keropok lekor menegur adik, "Ngape dik?'. Eh..eh.. tak disangka kilat tak ada, guruh tak ada, langsung hujan! Laili teresak-esak menangis. Bila dipujuk-pujuk dan ditanya alasannya, langsung Laili mengunjukkan Kad Laporan peperiksaan sekolah agamanya. "Ooo.. tahniah la adik". Bagus la ni. Adik dapat nombor 6 berbanding 8 sebelum ni. Lagipun markah untuk kesemua 9 subjek dah naik banyak berbanding dulu. Tapi adik dengan muka langsung tak puas hati dan dalam suara tersekat-sekat dengan esak tangisnya berkata, "...tapi adik nak sama macam Izzati, dia dapat nombor 1!". Laaa... itu masalah besar adik rupanya. Tak apa la adik, ini pun dah bagus. Nanti adik usaha lagi, rajin buat ulangkaji lagi, insyaAllah adik boleh lawan Izzati ya...

Tuesday, July 8, 2008

Ada Persamaan?


[IBU, tarikh tak pasti..tahun 70an kot!]~vs~[KAKAK, tahun 2000]

[ADIK, tahun 2001]~~~~~~vs~~~~~~ [IBU, masa comel-comel dulu...]

Jom Masak

Hari ni tak ada kelas. Duduk rumah sorang-sorang pun bosan jugak. Tak tahu nak buat apa. Belum betul-betul dapat menyediakan jadual dan menyesuaikan diri lagi dengan life as student ni. Lepas sarapan dengan cik abang, ikut dia ke kedainya. Buat apa? Hemm.. just surfing...

Pukul 1130 am balik rumah, masak untuk anak-anak makan tengahari. Nak masak apa ya? Jenguk dalam peti ais ada ayam dan sotong je. Hah.. boleh aje la. Jom masak!


Ini dia masakan tengahari ni. Boleh aje la untuk orang yang jarang-jarang masak ni. Apa nak dinamakan resepi ni ya? Apa-apa aje le. Rebus bendi dan telur, bubuh budu perah limau nipis sikit untuk cik abang. Hemmm... siap untuk dimakan. Eh! Cepat! Dah pukul 115 pm ni... ambik kakak dan adik balik sekolah!

Simple aje hidangan tengahari kami hari ini tapi cukup seronok bila tengok ayah dan kakak makan dengan penuh berselera.

Monday, July 7, 2008

Berkelah Di Tengahari

Memandangkan kuliah terpaksa ditangguhkan, saya bercadang nak buat beberapa urusan lain di UiTM. Mulanya nak buat sticker kereta untuk parking di kampus tapi kena bayar dulu di Pejabat Bendahari. Pergi sana, pun ramai pelajar yang beratur nak bayar yuran. Nasib baik juga tak beratur sama sebab bila jumpa Pegawai Keselamatan dimaklumkan bulan Ogos nanti baru boleh buat. Kemudian cadang nak pergi ambik Kad Pelajar di IPSis tapi puas pusing-pusing tak jumpa jugak bangunan tu. Jadi... balik rumah la.

Sampai di Putrajaya hampir 12 tengahari, baru ingat pagi tadi cuma sempat ambik sekeping roti sahaja. Jemput cik abang lunch bersama sebab perut dah berkeroncong lapar. Lepas makan dan hantar dia semula ke Alamanda, terus saya ke sekolah untuk menunggu kakak dan adik balik. Mesti diaorang terkejut sebab pagi-pagi tadi, ibu dah pesan ayah yang akan jemput sebab ibu ada kelas. Tup-tup... ibu jugak yang datang. Adik keluar dulu dan nampak mencari-cari motor ayah tapi terus tersenyum lebar bila ternampak ibu. Hampir 130 pm baru kakak keluar dan dengan muka kesian berkata "Kakak siapkan kerja kumpulan dulu. Kakak pergi soal cikgu dulu apa yang cikgu suka dan tak suka".
Bila dah tiba di rumah, ibu bertanyakan kakak mana kunci rumah sebab pagi tadi ibu lupa bawa. Jawab kakak... "Kakak tak bawak...". Laa... macamana ni? Telefon ayah di pejabat tapi diangkat oleh staff. Rupa-rupanya ayah tertinggal dua-dua telefonnya dan ayah entah keluar ke mana. Nanti mereka nak ke kelas KAFA pulak jam 230 pm.
Hemm... terpaksalah kakak dan adik berkelah di luar rumah di tengah-tengah hari. Nasib baik makanan dah ada, cuaca tak berapa panas dan angin begitu sepoi-sepoi bertiup. Kakak dan adik makan dengan penuh berselera dengan ditemani lagu Acha dan Irwanshah. Habis je makan, ayah tiba hampir 2 pm. Adik dengan gembira memberitahu ayah, "Ayah, best! kami picnic..." Hemmm... itulah budak-budak...



Hari Pertama Kuliah

07072008 - Bergegas ke kuliah pertama, just nice arrived at 820 am. Terpaksa parking di aras bawah sekali kerana semua aras lain dah penuh. Kena naik tangga pulak tu untuk ke aras 1. Tiba di bangunan kuliah, tersentak seketika melihat keadaan di depan lif. Ramai sungguh pelajar menunggu lif sampai penuh di depan ketiga-tiga lif yang ada. Class suppose to start at 830 am. Lagi 5 minit ni... naik tangga la (biar betul ni.. kelas di aras 12 ni!) Hasrat murni nak naik tangga kesampaian sampai tingkat 6 je, penat! Mengah betul! Jadi tunggu lif juga la di aras 6 dan selamat sampai ke kelas.Tunggu punya tunggu, hampir 9 am baru muncul penyelaras program maklumkan kelas terpaksa dijadualkan semula kerana sebab-sebab tertentu. Alamak... penat je...

Saturday, July 5, 2008

Mencari Si Kancil

Pagi-pagi lagi kami sekeluarga ke Kajang untuk menikmati nasi lemak gerai yang enak rasanya. Saya katakan enak kerana Adik boleh menghabiskan sepinggan nasi lemak!.. yang biasanya Adik ni sukar ya amat nak makan. Lagipun, ni minggu terakhir kami dapat keluar awal-awal pagi hujung minggu sebab mulai minggu depan, saya perlu menghabiskan masa hari Sabtu dan Ahad di kampus.

Lepas makan, kami berpusing-pusing sekitar jalan Sg. Sekamat di Kajang. Hajatnya nak mencari si Kancil, buat alternatif kepada satu kereta sahaja yang kami ada sekarang. Yelah, nanti kalau saya ke kelas, hari pulak hujan, camne budak-budak tu nak balik sekolah? Kesian pulak mereka nanti. Tapi selepas singgah di beberapa kedai kereta terpakai, rupa-rupanya mahal jugak si kancil tu. Mungkin kerana permintaan naik sejak harga minyak naik ni. Yang manual 850 cc tahun 2001 pun harganya RM15k... wah mahal tu! Ingat sekitar tak lebih RM10k. Hemmm... kena kira semula la gayanya... Camne ni ek??

Friday, July 4, 2008

Dan Cuti 2 Minggu Pun Berlalu...

Terasa cepat pula masa berlalu sedar-sedar dah 2 minggu cuti sebelum belajar telahpun hampir habis. Isnin ini 07072008 aku akan memulakan kelas pertama. Bagaimanapun, cuti diisi dengan sebaiknya. Dari mengemas segala barang yang diangkut dari pejabat (sampai sakit-sakit badan), mengemas pula bilik anak-anak perempuan yang penuh dengan bermacam barang dan habuk (sampai selsema beberapa hari), tolong jadi ejen cukai dan failkan borang cik abang sebelum tarikh akhir 30062008 baru ni, dan sempat lagi menghadiri kursus 2 hari berhubung SPSS. Kursus SPSS ini dikhabarkan akan membantu dalam kursus master nanti. Tak ketinggalan juga menambahkan aktiviti memasak untuk keluarga yang dulu kadang kala je dibuat..hehehe.. Rasanya lega betul hidup sekarang. Cuma perasaan aman sedikit tergugat dengan perkembangan luar yang tidak menyenangkan... Doaku semoga setiap kebenaran akan terserlah jua akhirnya. Sentiasa berdoa dan yakinlah Allah akan bersama orang-orang yang benar.