31 Julai 2009: Setelah sekian lama menyepi dari menitip cerita di blog ini penangan kesibukan terlampau semester 3 ini, akhirnya berjaya juga ku mencuri sedikit masa untuk menukilkan kejayaan ke titik penghujung (paling selatan) benua Asia di Tanjung Piai, Pulai, Johor.
Walaupun jejak kaki ku di titik penghujung Asia yang berada dalam Taman Negara Negeri Johor ini tidak dirancang, mungkin inilah sedikit kejutan dan kenangan menarik sepanjang pemergian ke Pulai di atas keperluan menyempurnakan tugasan satu subjek yang diambil semester ini. Jika tidak akibat penangan kerja kursus ini, mungkin aku tidak menyedari dan mengenali di mana itu penghujung besar tanah Asia ini, yang rupa-rupanya di Malaysia.Walaupun pencapaian ini hanya sekadar berada di tanahair sendiri, hatiku penuh perasaan bangga...
Malaysiaku... rupanya banyak lagi tempat menarik yang perlu diterokai...
1 comment:
salam..wah cam best je pic kt entry ni..tahniah dh sampai di penghujung tanah besar asia....
salam kenal
Post a Comment