Siapa saya?
Friday, November 30, 2007
Cerita Adik (sambungan)
Untuk ulas lanjut tentang cerita adik (Laili), cerita tu ditulis oleh Laili sendiri cuma sesekali dia minta tolong eja perkataan susah seperti berkhemah.... maklumlah baru nak masuk Tahun 1 pada Januari depan. Sebenarnya Luqman dan Laila mengikuti kem kesedaran alam sekitar di Kem Palas, Sungai Dara Mandi, Titi Ayun di Yan, Kedah pada 24 - 27 November 2007. Anjuran Cendekiawan Educare sebenarnya sekolah tadika Laili tapi ibu tak benarkan Laili pergi sebab tak percaya dan kesian dia kena bawak outdoor bag sendiri. Mereka bertolak dari Putrajaya 23 Nov dan sampai semula 28 Nov dengan menaiki keretapi (nanti kita cerita kemudian tentang pengalaman berkhemah mereka). Jadi tempoh 5 hari untuk Laili tinggal tanpa abang dan kakak tentunya dia rasakan amat panjang. Mulanya Laili seronok sebab dia boleh conquer semua (dvd, ps2, komputer, tv) tapi tak sampai satu hari dia dah mengeluh bosan. Sebabnya... ibu atau ayah tak minat nak join dia main... ayah asyik dengan kerja (pukul 10 pm pun belum tentu sampai rumah)(ibu pulak asyik buat kerja rumah... membasuh, melipat kain, menggosok etc) Tambah pulak tak ada orang nak dilawan bertekak jadi Laili pun kebosanan. Hehehe... kesian adik. Rupanya rindu jugak dengan abang dan kakak. Tapi sebaik sahaja ibu balik kerja pada petang 28 November dah kedengaran tangisan adik setelah 5 hari tenang. Rupa-rupanya abang dan kakak dah sampai rumah...hemmmm
Thursday, November 29, 2007
Cerita Adik
Hari itu adik bosan sebab kakak dan abang tak ada sebab dia orang pergi berkhemah di Kedah. adik ajak ayah main PS2. tapi ayah tidor. jadi adik bosan. adik ajak ibu main pulak tapi ibu taknak. jadi adik bosan. bosannya. kakak...abang..cepat balik. adik bosan.
Tuesday, November 27, 2007
Luqman Anak Sulungku
15.11.2007 (7.15 pagi) - Hari ni hari Khamis. Hari ini keputusan UPSR akan diumumkan. Luqman anak sulungku, satu-satunya anak lelakiku. Semalaman tidurku tidak lena... terasa berjaga sepanjang malam memikirkan keputusan yang akan Luqman dapat. Ya Allah! Berikan yang terbaik untuk anakku. Rasanya aku yang lebih resah berbanding Luqman. Sebelum ke sekolah pagi ini, Luqman sempat berpesan, "Ibu, jangan datang awal sangat. Cikgu cakap pukul 11 pagi baru dapat result" dan aku sempat maklumkan kepadanya yang akan menghadiri satu mesyuarat pagi ini. Jadi, aku akan hanya ke sekolah pada pukul 12 tengahari. Juga sempat aku berpesan pada abang supaya memperuntukkan masa untuk bersama-sama ke sekolah tengahari ini.
Sepanjang mesyuarat berjalan, aku agak tidak tenang mengenangkan apa yang bakal tersurat. 10.13 pagi - Terima sms daripada Kak Yah, "Dah dapat result?". Aku membalas, "Meeting, nanti tengahari saya ke sekolah. Tasya camne?" dan Kak Yah membalas, "Belum dapat". Aku terfikir untuk meminta kebenaran daripada Dato' Pengerusi untuk keluar awal tapi mesyuarat sedang membincangkan tentang bangunan di bawah seliaanku. Rasa tak sesuai pula nak keluar sekarang. Mesyuarat terus berjalan dengan perlahan (rasa hatiku yang dah tak senang duduk). Nasib baik laporan tentang bangunanku habis dibentang pada 12.10 tengahari. Cepat-cepat aku mohon keluar untuk ke sekolah.
Keluar dari bilik mesyuarat, ku lihat ada 4 missed call dan juga 2 sms daripada abang dan nombor yang tak dikenali. Ini mesti Luqman called. Cepat-cepat ku baca sms abang, rasa terbang di awangan bila membaca mesej berbunyi, "Abg Luqman dapat 5A. Thanks to you and congratulation to Luqman" dan sms dari 0132179962 "Ibu abang dapat 5A (luqman)", 11.05 pagi. Hampir-hampir jatuh handphone di tanganku. Alhamdulillah! Hanya itu yang mampu terlafaz. Walaupun gembira tak terkata tapi hati masih rasa tak percaya ... masih meragui kesahihan sms. Seolah-olah mission impossible... hati berdetik. Dengan penuh gembira, was-was dan gementar, ku telefon abang dan dia terus memaklumkan khabar gembira namun masih kurang percaya selagi belum melihat sendiri keputusan Luqman.
Kami sampai di sekolah pukul 12.30 tengahari terus ke bilik guru kerana keputusan UPSR masih belum ditampal di papan kenyataan. Seorang guru memaklumkan keputusan telah diserahkan kepada pelajar sendiri tetapi bila kami menyebut nama Luqman, cikgu-cikgu terus tersenyum dan berkata ... " ooo... Luqman yang pipinya gitu-gitu (I guess she meant chubby) dia okey... dapat 5A". Melihatkan kami berdua tergamam tak terkata apa, dia terus menyambung, "Luqman tadi pun nampak blurr je masa terima result. Dia sorang je dari kelas 6 Amanah yang dapat 5A". Alhamdulillah... pasti dan yakinlah sudah kami berdua dengan keputusan UPSR Luqman. Akhirnya berkat doa berpanjangan kepada Yang Maha Berkuasa dan usaha jerih perit Luqman (yang dipaksa oleh ibu) akhirnya berjaya juga dia mendapat kejayaan ulung.
Tahniah abang Luqman. I'm really proud of you. Luqman, kejayaan itu amat manis rasanya. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk terus berusaha untuk masa depan yang cemerlang. Ibu loves you, abang Luqman.
Subscribe to:
Posts (Atom)