Tuesday, November 27, 2007

Luqman Anak Sulungku

15.11.2007 (7.15 pagi) - Hari ni hari Khamis. Hari ini keputusan UPSR akan diumumkan. Luqman anak sulungku, satu-satunya anak lelakiku. Semalaman tidurku tidak lena... terasa berjaga sepanjang malam memikirkan keputusan yang akan Luqman dapat. Ya Allah! Berikan yang terbaik untuk anakku. Rasanya aku yang lebih resah berbanding Luqman. Sebelum ke sekolah pagi ini, Luqman sempat berpesan, "Ibu, jangan datang awal sangat. Cikgu cakap pukul 11 pagi baru dapat result" dan aku sempat maklumkan kepadanya yang akan menghadiri satu mesyuarat pagi ini. Jadi, aku akan hanya ke sekolah pada pukul 12 tengahari. Juga sempat aku berpesan pada abang supaya memperuntukkan masa untuk bersama-sama ke sekolah tengahari ini.

Sepanjang mesyuarat berjalan, aku agak tidak tenang mengenangkan apa yang bakal tersurat. 10.13 pagi - Terima sms daripada Kak Yah, "Dah dapat result?". Aku membalas, "Meeting, nanti tengahari saya ke sekolah. Tasya camne?" dan Kak Yah membalas, "Belum dapat". Aku terfikir untuk meminta kebenaran daripada Dato' Pengerusi untuk keluar awal tapi mesyuarat sedang membincangkan tentang bangunan di bawah seliaanku. Rasa tak sesuai pula nak keluar sekarang. Mesyuarat terus berjalan dengan perlahan (rasa hatiku yang dah tak senang duduk). Nasib baik laporan tentang bangunanku habis dibentang pada 12.10 tengahari. Cepat-cepat aku mohon keluar untuk ke sekolah.

Keluar dari bilik mesyuarat, ku lihat ada 4 missed call dan juga 2 sms daripada abang dan nombor yang tak dikenali. Ini mesti Luqman called. Cepat-cepat ku baca sms abang, rasa terbang di awangan bila membaca mesej berbunyi, "Abg Luqman dapat 5A. Thanks to you and congratulation to Luqman" dan sms dari 0132179962 "Ibu abang dapat 5A (luqman)", 11.05 pagi. Hampir-hampir jatuh handphone di tanganku. Alhamdulillah! Hanya itu yang mampu terlafaz. Walaupun gembira tak terkata tapi hati masih rasa tak percaya ... masih meragui kesahihan sms. Seolah-olah mission impossible... hati berdetik. Dengan penuh gembira, was-was dan gementar, ku telefon abang dan dia terus memaklumkan khabar gembira namun masih kurang percaya selagi belum melihat sendiri keputusan Luqman.

Kami sampai di sekolah pukul 12.30 tengahari terus ke bilik guru kerana keputusan UPSR masih belum ditampal di papan kenyataan. Seorang guru memaklumkan keputusan telah diserahkan kepada pelajar sendiri tetapi bila kami menyebut nama Luqman, cikgu-cikgu terus tersenyum dan berkata ... " ooo... Luqman yang pipinya gitu-gitu (I guess she meant chubby) dia okey... dapat 5A". Melihatkan kami berdua tergamam tak terkata apa, dia terus menyambung, "Luqman tadi pun nampak blurr je masa terima result. Dia sorang je dari kelas 6 Amanah yang dapat 5A". Alhamdulillah... pasti dan yakinlah sudah kami berdua dengan keputusan UPSR Luqman. Akhirnya berkat doa berpanjangan kepada Yang Maha Berkuasa dan usaha jerih perit Luqman (yang dipaksa oleh ibu) akhirnya berjaya juga dia mendapat kejayaan ulung.

Tahniah abang Luqman. I'm really proud of you. Luqman, kejayaan itu amat manis rasanya. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk terus berusaha untuk masa depan yang cemerlang. Ibu loves you, abang Luqman.

4 comments:

Ramli AR said...

20 Dzulka'edah 1428
Salam

Congratulation.... Luqman. Thanks to you. I love yoo.

Ramli AR

ainizakri said...

Luqman...Tahniah..aihhh tak cukup gebu lagi pipi tu..pipi farah cam dah lebih gebu dah sekarang ni..

Kena gebukan lagi pipi tu tau..

TAHNIAH....tapi kata mrsm ktn dah nak tutup..kena gi mrsm lain ni..

Julia R said...

tahniah!!

nad said...

Ani, Mak Farhah, Terima kasih lawat myblog. Jenguk-jenguk la lagi. Ani, rasanya Luqman sekolah kat sebelah rumah aje. Ibunya tak caya nak hantar ke asrama. Takut kena buli atau terpengaruh yang tak elok. Budak sekarang lain dari zaman kita dulu.