Sunday, June 1, 2008

Cuti Sekolah - Pertengahan Tahun

Cuti sekolah telah bermula sejak 26 Mei lalu dan akan berakhir 8 Jun ini. Saya juga turut bercuti seminggu mulai 29 Mei hingga 4 Jun kerana balik kampung. Ada kenduri sambut menantu di kampung Abang, anak saudaranya yang kami panggil Wadi. Kebetulan hari Sabtu lepas (semalam) banyak betul kenduri kahwin di kampung ini dan rasanya di mana-mana tempat lain pun situasi yang serupa. Al maklumlah... cuti sekolah. Semua tukang masak fully booked. Jadi semua urusan dibuat oleh ahli keluarga sahaja dengan ditolong oleh beberapa jiran terdekat, termasuklah urusan masak-memasak. Alhamdulillah, kami ada seorang kakak yang pakar memasak. Pertama kali tengok solok lada dibuat, juga acar umbut kelapa. Ayah mentuaku siap tebang pokok kelapa lagi untuk ambik umbutnya. Kak Mah lah yang jadi master mind kenduri ni, dari memasak, make-up anak-anak dan juga mengurut..hehehe.. Mak pengantin tak usah cakaplah kesibukannya. Penat tak usah cakap lagilah.


Apa-apapun, buat Wadi dan Hajar, SELAMAT PENGANTIN BARU! dan buat semua ahli keluarga yang lain, terima kasih atas sumbangan tenaga, wang, idea juga kritik-kritik yang membina ataupun tidak. Semoga jumpa lagi cuti lain kali.
Antara aksi-aksi menarik yang sempat dirakam sepanjang kenduri ini berlangsung terutama anak-anak saudara dan sepupu yang comel-comel ini.

No comments: