20082008 Bertolak balik ke Dungun selepas menjengah bertanya khabar Nyang di rumah MokSu, dan singgah di kedai Kak Mi, mengambil baju raya Kakak dan Adik. Di pertengahan perjalanan, terima panggilan dari Ummi, maklumkan hari ini ada majlis sambutan pemasyhuran MDD kepada MPD yang lokasi sambutan cuma di depan rumah. Jadi kebanyakan jalan ke rumah ditutup, kena sampai di rumah cepat la sikit, katanya. Ooo... besar-besaran jugak la sambutannya, agak kami yang dalam kereta ni.
Kami singgah juga di Seberang Marang, makan tengahari di rumah Tok. Dari Rantau Abang lagi, kelihatan banner/'bunting' Majlis Pemasyhuran Majlis Perbandaran Dungun sungguh meriah di kiri kanan jalanraya. Hampir tiba di Dungun melalui jambatan baru di Seberang Pintasan memang kelihatan berbeza permandangan kampungku kali ini... penuh bendera berwarna-warni mewakili warna daerah-daerah di Terengganu.Alhamdulillah, tiada masalah tiba di rumah. Di sebelah malamnya pula, upacara pemasyhuran turut diiringi pertunjukan bunga api. Kalau di Putrajaya, kami menikmati pertunjukan bunga api dari jauh, di sini bunga apinya atas kepala aje... depan rumah pulak tu. Waa... kira besar-besaranlah sambutan di kampungku sekarang... (tapi berapa banyaklah duit rakyat dibakar pulak kali ini...hemmm)
Habis semua pokok dibaluti lampu berwarna-warni, tapi kebanyakannya warna biru la. Hemm...kesian la kat burung-burung sepanjang dua minggu ni tak boleh nak tidur lena... cerah sangat 'rumah' mereka...
Apa-apapun, tahniahlah kepada MDD kerana telah menjadi salah satu majlis perbandaran di Terengganu. Cuma harapan seluruh rakyat di sini, janganlah pulak sehari dua selepas ini cukai tanah dan cukai pintu naik mendadak la pulak!
No comments:
Post a Comment