Saturday, November 29, 2008

Berdua je dengan Adik


29 November 2008: Nampaknya hari ini ibu tinggal berdua sahaja dengan Adik di rumah. Baru saja menghantar Abang dan Kakak ke kem cuti sekolah 3 hari dua malam di Rembau. Asalnya bawa Adik jalan-jalan ke Alamanda tapi kejap je... Adik tak tahan... selsema tak boleh nak bernafas dalam aircond, siap merah mata lagi...Kesian Adik... Alhamdulillah demam hari tu dah baik.

Jadi sekarang duduk di rumah aje la sehari dua ni nampak gayanya... Hajat di hati nak belek dan scan gambar-gambar lama zaman sekolah dulu-dulu... nak masuk dalam simpanan tapi kena tengok la tahap kerajinan dulu. Lagipun kena tengok juga setakat mana nak dilayan karenah si manja yang tak sihat ni...

Abang Luqman dan Kak Laila... bersama sepupu Farah dan Aizat... nampaknya mereka gembira dan seronok nak ke kem. Hati-hati di kem sana ye. Patuhi arahan cikgu dan doa pada Allah selalu ya... Semoga selamat semuanya...

1 comment:

ainizakri said...

Na

Masih guna lagi tak kerusi sofa coklat dulu tu. Baru ni terjumpa satu set sarung sofa tu..boleh la Zakri bawakan kalau ada lagi sofa tu.

salam
aini