Saturday, November 29, 2008

Berdua je dengan Adik


29 November 2008: Nampaknya hari ini ibu tinggal berdua sahaja dengan Adik di rumah. Baru saja menghantar Abang dan Kakak ke kem cuti sekolah 3 hari dua malam di Rembau. Asalnya bawa Adik jalan-jalan ke Alamanda tapi kejap je... Adik tak tahan... selsema tak boleh nak bernafas dalam aircond, siap merah mata lagi...Kesian Adik... Alhamdulillah demam hari tu dah baik.

Jadi sekarang duduk di rumah aje la sehari dua ni nampak gayanya... Hajat di hati nak belek dan scan gambar-gambar lama zaman sekolah dulu-dulu... nak masuk dalam simpanan tapi kena tengok la tahap kerajinan dulu. Lagipun kena tengok juga setakat mana nak dilayan karenah si manja yang tak sihat ni...

Abang Luqman dan Kak Laila... bersama sepupu Farah dan Aizat... nampaknya mereka gembira dan seronok nak ke kem. Hati-hati di kem sana ye. Patuhi arahan cikgu dan doa pada Allah selalu ya... Semoga selamat semuanya...

Tuesday, November 25, 2008

Laili dan Luqman demam

Laili dan Luqman demam sejak semalam (Isnin). Hari ini dah dibawa ke klinik. Luqman dapat 2 jenis ubat dan Laili... 4. Luqman demam selsema, tak teruk mana. Cuma Laili la...sepanjang semalam dan hari ni terbaring aje... tidur... Kesiannya tengok. Apa aje yang nak dimakan nak dibeli... tapi masalahnya... dia tak nak makan apa-apa. Cuma nak minum air 100Plus je. Tambah 'kering' badan Adik tu. Puas dipujuk-pujuk baru setuju la dia makan sup cendawan pizzahut. Bolehlah dibuat alas perut sebelum makan ubat. Jadi malam ni kenalah ibu bersengkang mata tidur-tidur ayam lagi... Cepat sihat ye anak-anak ibu... Nanti nak balik kampung...

Wednesday, November 19, 2008

Ibu pun bercuti...!

Alhamdulillah... Sabtu lepas tamatlah tension semester Julai 2008 buat ibu. Peperiksaan akhir subjek terakhir untuk semester ini. Wahh... lega yang amat rasanya walaupun semasa menjawab kertas akhir tu perasaan agak goyah juga kerana ada satu soalan tu terpaksa dijawab dalam masa 5 minit sahaja. Hemm... silap percaturan membahagikan masa menjawab soalan... nak wat camno? Tawakkal sahajalah...

Jadi untuk tempoh hampir sebulan ini, ibupun bercuti..yahooo... sama macam anak-anak. Macam-macam program dirangka dalam kepala. Yang pertama nak dibuat... habiskan novel-novel Ramlee Awang Murshid yang telah dibeli sejak dua bulan lalu. Tak sabar dah rasanya nak mentelaah novel pulak...

Bagaimanapun, tak lupa kupanjatkan doa kepada-Nya agar diberikan keputusan yang cemerlang semester ini dan semester-semester yang mendatang. Amin, Ya Allah!

Happy 13th Birthday Luqman!

19 November 2008: Hari ini ulangtahun kelahiran Luqman yang ke-13. Dah bujang anak ibu ni rupanya. Kebetulan 3 orang sepupunya ada di rumah kami, jadi kami buatlah sedikit doa selamat dan acara biasa semasa 'birthday'... makan kek...

Asalnya nak pilih kek apa pun kecoh budak-budak 6 orang tu beri macam-macam cadangan... cheese cake, strawberry cake, chocolate cake la... Tapi setelah diundi-undi dan ambil kira si empunya 'birthday' punya pilihan... inilah dia kek pilihan Luqman...

Luqman... semoga jadi anak yang soleh, sihat, cemerlang dan dirahmati Allah sentiasa.

Tuesday, November 18, 2008

Penutup Sesi Sekolah 2008

Minggu lepas tamatlah sesi persekolahan tahun 2008 buat semua pelajar sekolah rendah dan menengah termasuklah anak-anak saya. Kalau di tahun lalu, seminggu dua sebelum cuti sekolah bermula, mereka mula liat nak ke sekolah sebab tak ada apa yang dibuat di sekolah... kata mereka. Tapi tahun ini, sebaliknya pula. Mereka bertambah bersemangat dan tak sabar-sabar yang ke sekolah dalam dua minggu terakhir ini. Sebabnya... mereka terlibat dalam persembahan akhir tahun!
Ni malam sebelum persembahan Laili... pertunjukan fesyen pakaian tradisional pelajar tahun 1. Oleh kerana Laili diberikan pakai kebaya, jadi ibu bawa ke 'salon' untuk sanggul rambut. Amacam? Cantik...? Hehehe...Laili bersama-sama rakan sekelas yang terlibat dalam pertunjukan pakaian tradisional. Ada yang pakai cheongsam, sari, jubah dan punjabi-sut. Comel betul budak-budak kecil ni...

Laila pula, alhamdulillah dapat anugerah cemerlang. Laila pun terlibat dalam persembahan boria. Bukan main lagi berlatih minggu tu.

Abang Luqman pun dapat anugerah cemerlang, tapi di majlis yang berlainan la.

Alhamdulillah... sesi persekolahan tahun 2008 ditutup dengan kenangan yang manis oleh anak-anak.