Jadi, hari Isnin 23022009, sekolah Kakak dan Adik bercuti sempena hari sukan pada Ahad sebelumnya. Ibu pun bercadang nak release tension selepas dua hari kelas Sabtu Ahad yang turut ada midterm exam yang memenatkan (walaupun masih ada 3 assignments yang nak dihantar minggu ini pulak...hergh..) Jadi kami bertiga buat topeng rama-rama untuk Adik, dan selepas siap Adik dengan seronoknya berposing dengan topeng kuning tu. Kakakpun masuk sekaki la. Hehehe... langsung tak rupa rama-rama kan...
Tengahari tu pulak kami masak bersama-sama selepas balik beli lauk di Mydin (sebab dah boikot yang 'besar-besar' lain). Masak lauk untuk makan tengahari dan buat puding karamel untuk minum petang lepas dia orang balik sekolah agama nanti. Untuk bersama Ibu yang jarang-jarang memasak ;-) cukup seronok budak berdua tu menolong di dapur. Alhamdulillah... inilah nikmat dan ketenangan yang kadang-kadang terlupa untuk dihargai.