Pagi-pagi lagi kami sekeluarga ke Kajang untuk menikmati nasi lemak gerai yang enak rasanya. Saya katakan enak kerana Adik boleh menghabiskan sepinggan nasi lemak!.. yang biasanya Adik ni sukar ya amat nak makan. Lagipun, ni minggu terakhir kami dapat keluar awal-awal pagi hujung minggu sebab mulai minggu depan, saya perlu menghabiskan masa hari Sabtu dan Ahad di kampus.
Lepas makan, kami berpusing-pusing sekitar jalan Sg. Sekamat di Kajang. Hajatnya nak mencari si Kancil, buat alternatif kepada satu kereta sahaja yang kami ada sekarang. Yelah, nanti kalau saya ke kelas, hari pulak hujan, camne budak-budak tu nak balik sekolah? Kesian pulak mereka nanti. Tapi selepas singgah di beberapa kedai kereta terpakai, rupa-rupanya mahal jugak si kancil tu. Mungkin kerana permintaan naik sejak harga minyak naik ni. Yang manual 850 cc tahun 2001 pun harganya RM15k... wah mahal tu! Ingat sekitar tak lebih RM10k. Hemmm... kena kira semula la gayanya... Camne ni ek??
Siapa saya?
Saturday, July 5, 2008
Friday, July 4, 2008
Dan Cuti 2 Minggu Pun Berlalu...
Terasa cepat pula masa berlalu sedar-sedar dah 2 minggu cuti sebelum belajar telahpun hampir habis. Isnin ini 07072008 aku akan memulakan kelas pertama. Bagaimanapun, cuti diisi dengan sebaiknya. Dari mengemas segala barang yang diangkut dari pejabat (sampai sakit-sakit badan), mengemas pula bilik anak-anak perempuan yang penuh dengan bermacam barang dan habuk (sampai selsema beberapa hari), tolong jadi ejen cukai dan failkan borang cik abang sebelum tarikh akhir 30062008 baru ni, dan sempat lagi menghadiri kursus 2 hari berhubung SPSS. Kursus SPSS ini dikhabarkan akan membantu dalam kursus master nanti. Tak ketinggalan juga menambahkan aktiviti memasak untuk keluarga yang dulu kadang kala je dibuat..hehehe.. Rasanya lega betul hidup sekarang. Cuma perasaan aman sedikit tergugat dengan perkembangan luar yang tidak menyenangkan... Doaku semoga setiap kebenaran akan terserlah jua akhirnya. Sentiasa berdoa dan yakinlah Allah akan bersama orang-orang yang benar.
Sunday, June 22, 2008
Pelajar Semula
Secara rasminya aku bergelar pelajar semula. Semalam 21062008 dengan ditemani pendorong utama, aku mendaftar di UiTM Shah Alam pada jam lebih kurang 10.30 am untuk mengikuti kursus Master in Forensic Accounting And Financial Criminology. Panjang sungguh barisan bakal pelajar yang beratur untuk mendaftar, dan banyak kaunter pula yang perlu dilawati untuk menyempurnakan pendaftaran tersebut. Tapi agak terkilan sedikit (walaupun telah diduga), aku terpaksa juga mengikuti kelas di hujung minggu sama dengan pelajar part-time kerana pelajar full-time hanya 3 orang! Nampak gayanya semua urusan rumah kena dibereskan pada hari biasa la kerana Sabtu dan Ahad tak berpeluang nak bersantai dengan keluarga. Nak buat camna... dah mohon cuti belajar, belajar aje le... Tapi buat masa sekarang, cuti dan bersantai la puas-puas dulu sebelum kelas bermula pada 7 Julai nanti...
Monday, June 16, 2008
Selamat Hari Bapa
Minggu Terakhir
Minggu ini merupakan minggu terakhir bekerja sebelum mendaftarkan diri sebagai pelajar di UiTM Shah Alam hujung minggu ini. Banyak tugas yang perlu diselesaikan dalam masa sesingkat ini. Yang paling penting semua laporan perlu dihabiskan supaya orang yang akan mengambil alih tugas itu nanti tidaklah terbeban dengan tugasan lama. Tugas lain termasuklah men'clear'kan desktop dan notebook sebelum diserahkan semula kepada pejabat, dan mengemas semua barang peribadi di pejabat yang dikumpul sejak 4 tahun lalu. Hemmm... tak sangka akan meninggalkan alam pekerjaan setelah 14 tahun bekerja. Boleh tak agaknya menyesuaikan diri...? Semoga Allah sentiasa mempermudahkan segala urusan.
Thursday, June 5, 2008
Bercuti...amannya...
Selesai majlis perkahwinan anak saudara sebelah Abang pada Sabtu lalu dan selepas tolong mengemas keesokannya, kami bertolak ke kampung saya pula pada Isnin lalu. Kebetulan di Terengganu, SUKMA sedang berlangsung. Walaupun kemeriahannya terasa tetapi alhamdulilah, tidak pula perjalanan kami tersangkut dalam mana-mana kesesakan di jalan. Oleh kerana bertolak awal pagi dari Pasir Puteh, kami sampai di KT lebih kurang 12 tengahari. Jadi sempatlah menunaikan hajat anak-anak nak melawat Taman Tamadun Islam yang Masjid Kristalnya berkilauan dipancar sinar mentari. Tapi sekadar pusing dengan kereta sahaja sebab tak tahan panasnya.... Cantik memang cantik tapi padankah duit rakyat digunakan untuk ditengok sahaja sedangkan ramai rakyat merintih dengan pelbagai bebanan hidup terutama dengan kenaikan harga minyak semalam...


'Istana Pasir' Laila 'Pagar' Istana Pasir Luqman

Kepenatan badan hilang sebaik melihat keindahan dan menikmati kenyamanan suasana di pantai. Sempat jugak menghilangkan tekanan kerja sehari-hari dengan bermain layang-layang sementara Kakak dan Adik membina istana pasir mereka.
'Istana Pasir' Laila 'Pagar' Istana Pasir Luqman
Sebelum menghabiskan cuti dan bertolak balik ke Putrajaya pada Rabu (semalam), sempatlah kami mandi pagi di Pantai Teluk Bidara. Walaupun nampak cuaca seolah agak panas namun rasanya amat dingin dan nyaman di dalam air laut. Adik pula sibuk mengutip siput dan kerangan laut.
Sewaktu dalam perjalanan pulang pula, kami berhenti rehat di Pantai Rekreasi Kuala Kertih untuk menikmati keenakan nasi goreng yang dibekalkan oleh Ummi tersayang dengan diteman bayu laut. Cantik betul pantainya. Pertama kali kami berhenti di sini walaupun telah bertahun-tahun melalui jalan ini. Waaa... seronok betul cuti kali ini. Terima kasih buat semua ahli keluargaku terutama khas buat cik Abang tersayang.
Sunday, June 1, 2008
Cuti Sekolah - Pertengahan Tahun
Cuti sekolah telah bermula sejak 26 Mei lalu dan akan berakhir 8 Jun ini. Saya juga turut bercuti seminggu mulai 29 Mei hingga 4 Jun kerana balik kampung. Ada kenduri sambut menantu di kampung Abang, anak saudaranya yang kami panggil Wadi. Kebetulan hari Sabtu lepas (semalam) banyak betul kenduri kahwin di kampung ini dan rasanya di mana-mana tempat lain pun situasi yang serupa. Al maklumlah... cuti sekolah. Semua tukang masak fully booked. Jadi semua urusan dibuat oleh ahli keluarga sahaja dengan ditolong oleh beberapa jiran terdekat, termasuklah urusan masak-memasak. Alhamdulillah, kami ada seorang kakak yang pakar memasak. Pertama kali tengok solok lada dibuat, juga acar umbut kelapa. Ayah mentuaku siap tebang pokok kelapa lagi untuk ambik umbutnya. Kak Mah lah yang jadi master mind kenduri ni, dari memasak, make-up anak-anak dan juga mengurut..hehehe..
Mak pengantin tak usah cakaplah kesibukannya. Penat tak usah cakap lagilah.
Antara aksi-aksi menarik yang sempat dirakam sepanjang kenduri ini berlangsung terutama anak-anak saudara dan sepupu yang comel-comel ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)