Siapa saya?
Sunday, January 13, 2008
Doa Buat Adik Sharlinie
Pertama kali mendengar berita kehilangan adik Sharlinie, hatiku risau tak terkata mengenangkan kerapnya kes culik kanak-kanak sekarang. Sebagai ibu, semakin risau akan keselamatan anak-anak kita. Seolah-olah kebebasan anak-anak kita sekarang dah terhapus. Tidak lagi semacam waktu kita kecil-kecil dahulu. Terkenang masa sekolah rendah dahulu. Balik aje sekolah, selepas makan tengahari dan mengaji al-Quran, bebas bermain ke mana-mana. Kebiasaannya berbasikal mengelilingi bandar kecil ibu bapaku. Tak ada rasa risau..bimbang... tentang culik-menculik. Jika ada sedikit kerisauan, hanyalah takut dilanggar motor atau kereta kerana berbasikal jauh dari rumah. Bebas! Asalkan balik ke rumah sebelum waktu maghrib. Tapi sekarang, anak-anak nak bermain basikal depan rumah sendiri pun, berkali-kali ingatan diberi. Nak ke taman permainan, lagilah dilarang walaupun jauhnya tak sampai 100 meter pun. Risau dan takut menguasai diri terutama ibu. Buat semua, sentiasalah berdoa agar anak-anak, kita dan keluarga sentiasa dilindungi Allah daripada segala mala petaka, mara bahaya, ganguan jin dan syaitan, hasad dengki manusia dan jangkitan penyakit yang bahaya. Buat ibu bapa adik Sharlinie dan keluarga, tabahlah. Semoga adik Sharlinie dipulangkan segera dengan selamat. Buat para pemerintah, tolonglah kaji kenapa berlakunya peningkatan kes jenayah dan tolonglah tingkatkan tahap keselamatan dalam negara Malaysia yang tercinta ini. Semoga tiada lagi kes-kes yang menakutkan sebegini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
na'uzubillah..
I pun dah ajdi takut nak balik malaysia sekarang nih.
Kat sini I live in a compound, ada gate tinggi with soliders and pak guard at the entrance, so memang tak risau lepaskan budak2 pegi naik basikal around compound sampai maghrib.. tapi the moment balik malaysia aje, memang I pegang tangan diorang kuat-kuat.
Pernah sekali tu Ilham merayau entah ke mana in Giant supermarket, kecut perut takleh cerita lah..
Hi Elisa, thanks jenguk sini. Memanglah rasa bimbang sepanjang masa anak2 di luar. Cuma pesan tak putus2 pada mereka, keluar rumah tu sentiasa baca doa dan surah al-fatihah. Semoga diselamatkan Allah sentiasa.
Na
Memang la I seram sekarang ni. Makin menjadi jenayah. Pasal culik budak-budak, curi kereta, pecah rumah. (kawan saya bercerita , percuri sekarang masuk rumah yg ada orang ..so dapat barang lebih lumayan!!) memang saya kecut perut mendengarnya. Tu belum pukau dan kena tipu lagi. Mohon Allah selamat kan kita semua dari bala bencana...amin
salam...first time singgah.salam tuan rumah dulu :)
Salam abang long, thanks. Datang la selalu. Cuma tak selalu update je walaupun cerita banyak. Tak sempat...hehehe..
Post a Comment