Wednesday, January 2, 2008

Hari Pertama Adik Di Tahun 1

ADIK MASUK TAHUN 1! (Alamak rasa kecik lagi anak Ibu ni...) Jam 9 pagi 2 Januari 2008 adalah hari pendaftaran dan orientasi pelajar Tahun 1. Pagi-pagi lagi Adik dah teruja bersiap-siap. Tengok la gambar ni : Adik bersarapan dengan penuh semangat (sedangkan biasanya susah nak makan).

Kakak turut sama seronok Adik dah bersekolah kerana dia ada kawan untuk pergi dan balik ke sekolah. Dengan baik hatinya, Kakak tolong pakaikan kasut untuk Adik. Jenuh jugak pagi-pagi Ibu kena sikat dan ikatkan rambut Adik yang panjang tu. Nak dipotong, Adik tak mahu. Terpaksalah bersiap awal pagi tiap-tiap hari, ikat rambut.
Selepas bayar yuran untuk Tahun 4 (Kakak masuk Tahun 4 dah)(Eh! tak panggil yuran dah sekarang, dinamakan bayaran tambahan pulak... apa nama pun, jumlahnya makin banyak dari tahun-tahun lalu), pelajar Tahun 1 dipanggil berbaris ikut kelas. Nama Adik dipanggil untuk kelas 1 Excellent. Wah! Dengar nama kelasnya gah sekali. Doa Ibu moga-moga Adik pun sentiasa excellent macam nama kelasnya.














Selepas pelajar Tahun 1 masuk ke kelas, ibu bapa kena mendengar taklimat sekolah. Kemudian, barulah boleh bayar bayaran tambahan di kelas anak masing-masing. Apalagi bila dilepaskan serentak macam tu panjang le barisan menunggu di kelas untuk bayar kepada guru kelas.
Lepas dah selesai, kena ambil buku teks percuma pulak (terima kasih Kerajaan) di bilik SBBT. Wah! Lagi panjang berjela barisan nak ambik buku teks. Sampai ke kantin beraturnya. Rasa macam nak pengsan jugak Ibu beratur hari tu. Lebih kurang sejam beratur, dapatlah ambik buku Adik. Alih-alih tak cukup 2 pulak. Kata cikgu, habis stok. Kena tunggu stok baru. Bila ditanya bila stok baru akan dapat, kata cikgu bulan Mac dan nasihatnya, belilah buku aktiviti yang tak cukup tu. Nanti kesian anak tak boleh nak buat kerja sekolah. Hemmm... camna Menteri Pelajaran jamin bekalan buku mencukupi ni?

Adik dengan penuh semangat melihat-lihat isi kandungan buku Tahun 1 sementara Kakak dengan sabarnya menunjukkan kepada Adik apa yang menarik dalam buku teks tersebut. Tapi disebabkan dah kepenatan, hampir tertidur juga Adik di kantin sekolah sementara menunggu Ayah datang ambik.

Petangnya pula, pendaftaran untuk sekolah agama di masjid bersebelahan rumah kami. Tengok! Adik sungguh sopan dengan tudungnya. Alahai!

Nasib juga kelas agama belum mula. Jadi lepas daftar, balik rumah, tak sampai setengah jam Adik dah nyenyak tidur dalam pakaian seragam sekolahnya! Kesian... penatnya Adik...

3 comments:

Ramli AR said...

28 Dzulhijjah 1428
Salam

Adik 'cool' je. Ibu yang runsing. Sekolah tu tak sepelaung pun.

Ramli AR

IKHWANI said...

hehehehehe...biasalah ibu2 ni risau lelebih..

rasa tak percaya kan tengok anak2 semua dah sekolah! bermakna kita dah T.U.A..... :-)

nad said...

OO, mana tak risaunye, macam2 kes sekarang. Sian Sharlinie. Doanya dia dipulangkan dengan selamat. Doa sentiasa anak-anak kita dilindungi-Nya dari segala bahaya dan bencana.