Saturday, March 15, 2008

Permulaan Baru

Isnin lalu aku mula mengikuti kursus selama 6 minggu di INTAN sebagai persediaan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana bulan Julai nanti. Dari pejabat yang sama, 5 orang (termasuk aku) dihantar mengikuti kursus ini. Terasa beruntung kerana diberikan peluang dan diberikan pelepasan untuk menuntut ilmu. Ku anggap ini sebagai satu titik permulaan kehidupan semula sebagai penuntut dan sebagai 'break' daripada tekanan beban kerja yang sentiasa ada. Namun, tidak dapat dinafikan kehidupan sebagai penuntut juga penuh dengan tekanan. Ku panjatkan doa kepada-Nya semoga dapat mengharungi kehidupan mendatang dengan jaya.

Lirik lagu Daniell sering menjadi rentak di hati untuk meneruskan cita-cita ini...

Inginku tuliskan nota - nota
Laguku mengikut rentak kita
Dengarkan suara
Mimpiku bertemankan namamu
Senantiasa selalu ( selalu )
Sedalam tinggi
Seluas jauh
Begitulah cita - cita ku
Sekiranya kau ingin tahu
Selama ini
Hingga ke akhirnya
Suka duka senyum selalu
Kita bersama punya satu
...Mimpi

4 comments:

IKHWANI said...

Alhamdulillah, itu jugak satu rezeki. Bukan senang nak further studies. Na untunglah dapat chance macam tu. Semoga segala cubaan dapat dilalui dengan jayanya.

INTAN kat KL ni ke? 6 minggu tu full time lah ya? Nanti master buat kat U mana?

ainizakri said...

Tahniah Nad

Semoga berjaya dan lebih berjaya

Nad..ada tak kenal ex-schoolmates nama Lina Ibarahim, she's coming to my place hujung minggu ni. Nama penuh dia taktau laa..

Salam
aini

Anonymous said...

Maaflah sibuk jadi student ni..hehe..

Wani,
6 minggu full time. Jumaat lepas baru exam. Next week ada lagi. InsyaAllah, nanti sambung kat UiTM Shah Alam.

Ani, tahniah dapat baby boy. Dah aktif semula ya. Tambah aktif mengejar baby pulak. Maaf tak kenal orang yang Ani maksudkan dan lewat maklumkan pada Ani. Sibuk belajar le katakan..hehe..

Na

ainizakri said...

Na..
Tahniah. Na baru ni ex mrsm ktn datang sini..Zakri kata junior, may be Na kenal kot..Muda lagi,

Seronok pakat borak di rumah ani.