Friday, March 7, 2008

Selamat Mengundi!

Tak sampai lagi 9 jam, lebih 10.5 juta rakyat Malaysia diberikan peluang untuk memilih kerajaan yang bakal mencorakkan negara ini. Tak sabar-sabar rasa hati ini untuk menunaikan tanggungjawab tersebut. Tapi rasa sedih juga tak dapat dihindarkan dari hati kerana ramai rakan lama, ahli keluarga juga rakan sepejabat yang mengambil sikap tidak kisah dengan tidak mahu keluar mengundi esok hari. Pelbagai alasan yang diberikan... tak kisah siapapun yang memerintah, kos mahal untuk balik, ada kenduri kahwin kawan atau saudara rapat malah ada yang terlampau kecewa dengan perjalanan pilihanraya dan politik di Malaysia. Ada juga yang cakap begitu berdegar-degar tapi tak berdaftar pun sebagai pemilih...hemmm... Apapun, saya nak ucapkan kepada semua yang layak dan mahu keluar mengundi, SELAMAT MENGUNDI. Buatlah pilihan yang tepat dan bijak demi masa depan kita semua, anak-anak kita, agama dan tanahair kita yang tercinta ini. Semoga pilihan kita diredhai Allah dan ingatlah, apapun pilihan kita, itulah yang akan dipersoalkan di depan-Nya nanti.

No comments: