Thursday, June 5, 2008

Bercuti...amannya...

Selesai majlis perkahwinan anak saudara sebelah Abang pada Sabtu lalu dan selepas tolong mengemas keesokannya, kami bertolak ke kampung saya pula pada Isnin lalu. Kebetulan di Terengganu, SUKMA sedang berlangsung. Walaupun kemeriahannya terasa tetapi alhamdulilah, tidak pula perjalanan kami tersangkut dalam mana-mana kesesakan di jalan. Oleh kerana bertolak awal pagi dari Pasir Puteh, kami sampai di KT lebih kurang 12 tengahari. Jadi sempatlah menunaikan hajat anak-anak nak melawat Taman Tamadun Islam yang Masjid Kristalnya berkilauan dipancar sinar mentari. Tapi sekadar pusing dengan kereta sahaja sebab tak tahan panasnya.... Cantik memang cantik tapi padankah duit rakyat digunakan untuk ditengok sahaja sedangkan ramai rakyat merintih dengan pelbagai bebanan hidup terutama dengan kenaikan harga minyak semalam...
Kepenatan badan hilang sebaik melihat keindahan dan menikmati kenyamanan suasana di pantai. Sempat jugak menghilangkan tekanan kerja sehari-hari dengan bermain layang-layang sementara Kakak dan Adik membina istana pasir mereka.


'Istana Pasir' Laila 'Pagar' Istana Pasir Luqman

Sebelum menghabiskan cuti dan bertolak balik ke Putrajaya pada Rabu (semalam), sempatlah kami mandi pagi di Pantai Teluk Bidara. Walaupun nampak cuaca seolah agak panas namun rasanya amat dingin dan nyaman di dalam air laut. Adik pula sibuk mengutip siput dan kerangan laut.
Sewaktu dalam perjalanan pulang pula, kami berhenti rehat di Pantai Rekreasi Kuala Kertih untuk menikmati keenakan nasi goreng yang dibekalkan oleh Ummi tersayang dengan diteman bayu laut. Cantik betul pantainya. Pertama kali kami berhenti di sini walaupun telah bertahun-tahun melalui jalan ini. Waaa... seronok betul cuti kali ini. Terima kasih buat semua ahli keluargaku terutama khas buat cik Abang tersayang.

4 comments:

IKHWANI said...

I love pantaiiii!!!
kalau kat kerteh/kemasik tu memang cantik pantai dia!!

masjid kristal masa singgah on the way back from KB to KL after mengundi sempat lah solat zohor kat dalam tu tapi rasanya overspent jer duit buat masjid tu..kalau bukan tourist sapa nak pegi situ..mana ada kariah berdekatan??? lepas tu kami masuk kg pulau duyong..sedih tengok rumah2 nelayan (agaknya) kat situ...compare dengan apa yang dibuat berdekatan dgn kampung tu..tak padan!

ainizakri said...

Na

Cantik sgt ke masjid kristal tu. Mak saya dan org2 kampung...siap buat rombongan naik bas tgh mlm semta2 nak gi tgk masjid kristal tu.. . Kata mak saya..cantik tapi besar sgt laa

nad said...

Salam Wani & Ani,
Masjid tu cantik la tapi bukanlah cccantikkk sangat jika dibanding dengan kosnya dan keperluan rakyat jelata yang masih terlalu banyak perlu dipenuhi. Dan rasanya niat bina masjid untuk dilawati sahaja tupun tak betul, kan. Tanda2 dunia akhir zaman... masyaAllah...

elisataufik said...

aduuusss rindu nya nok balik kkapung!!!