Wednesday, July 9, 2008

Laili dan Izzati

Laili ada seorang kawan baik, dia panggil Izzati... nama penuh tak pasti pulak. Setiap hari pasti ada cerita tentang Izzati. Izzati bagi buku conteng, Izzati ada selipar baru dari Jepun, Izzati itu, Izzati ini. Walaupun tak sekelas semasa sekolah kebangsaan tapi masih makan bersama pada waktu rehat dan sekelas pula semasa sekolah agama pada sebelah petang. Mereka ada sifat berkawan dan berlumba yang positif. Dulu Izzati mengaji Iqra' 4, Laili dah Iqra' 5. Kemudian ayah Izzati ambil ustazah khas mengajar mengaji di rumah. Sekarang Izzati dah masuk helaian lebih 100 Al-Quran, dan Laili baru helaian 39. Setiap petang, habis sekolah agama terus ke taman dengan Laila untuk bermain bersama Izzati dan adiknya.

Hari ini sepulangnya Laili dari sekolah agama diam monyok semacam, letak beg dan terus naik ke atas. Dipanggil-panggil langsung tak menyahut macam orangnya tak ada kat rumah. Ditawarkan keropok lekor kegemarannya pun langsung tak ada respons. Aaiikk... pelik semacam aje ni. Kata ayah, "Pergi la tengok. Ada la yang tak kena tu." Langsung ibu naik dengan membawa keropok lekor menegur adik, "Ngape dik?'. Eh..eh.. tak disangka kilat tak ada, guruh tak ada, langsung hujan! Laili teresak-esak menangis. Bila dipujuk-pujuk dan ditanya alasannya, langsung Laili mengunjukkan Kad Laporan peperiksaan sekolah agamanya. "Ooo.. tahniah la adik". Bagus la ni. Adik dapat nombor 6 berbanding 8 sebelum ni. Lagipun markah untuk kesemua 9 subjek dah naik banyak berbanding dulu. Tapi adik dengan muka langsung tak puas hati dan dalam suara tersekat-sekat dengan esak tangisnya berkata, "...tapi adik nak sama macam Izzati, dia dapat nombor 1!". Laaa... itu masalah besar adik rupanya. Tak apa la adik, ini pun dah bagus. Nanti adik usaha lagi, rajin buat ulangkaji lagi, insyaAllah adik boleh lawan Izzati ya...

No comments: