Tuesday, September 30, 2008

SELAMAT HARI RAYA


1 Syawal 1429H
1 Ogos 2008

Alhamdulillah berjaya juga Adik menghabiskan puasa kali pertamanya sebulan bulan Ramadhan tahun ini. Alhamdullillah seluruh umat Islam di Malaysia menyambut raya Aidil Fitri tahun 1429 Hijrah hari ini dengan aman. Alhamdulillah saya telah berjaya menjalani peperiksaan akhir bagi tiga subjek semester ini. Alhamdulillah kami sekeluarga selamat balik kampung dan sedang gembira beraya di kampung. Alhamdulillah buat semua rahmat-Mu, Ya Allah...

Buat semua keluarga dan rakan yang sedang dilanda ujian dan musibah dari-Nya, bersabar dan tabahkanlah semangat menghadapi segala dugaan. SELAMAT HARI RAYA buat semua keluarga terutama Abang Long dan keluarga di Dubai dan rakan taulan di Malaysia mahupun di luar Malaysia. Maafkanlah di atas segala kesilapan lalu. Semoga berbahagia di hari raya.

Sunday, September 14, 2008

Aktiviti Baru Kakak

15 Ramadhan 1429H

Dah masuk setengah bulan Ramadhan. Sekejap sahaja masa berlalu. Hujung minggu dirasakan bosan oleh Kakak dan Adik sebab tak dapat berjalan ke mana-mana kerana ibu ke kuliah. Tambahan di bulan puasa, ibu menasihatkan supaya mengurangkan aktiviti fizikal seperti bermain basikal atau berkejar-kejar di taman. Bukan apa... takut nanti Kakak Adik dahaga pulak, kemudian merayu minta berbuka puasa sebab nak minum air. Jadi Kakak dapat idea baru... ajak Adik melukis dan mewarna. Dan hasilnya...

Lukisan Kakak bagus juga tapi yang lebih penting, dapat menceriakan hari mereka berdua dan tak terasa penat berpuasa. Tengok, Kakak dan Adik nampak gembira sekali!

Sunday, September 7, 2008

Adik Berpuasa

7 Ramadhan 1429H:

Hari ini hari ketujuh umat Islam di Malaysia dan kebanyakan negara lain berpuasa. Alhamdulillah sehingga hari ini juga Adik berjaya menamatkan puasanya hingga waktu berbuka. Sudah cukup 7 hari Adik berpuasa. Satu cabaran buat Adik kerana ini tahun pertama Adik berpuasa sepenuh hari. Tahun lepas, Adik 6 tahun cuma berpuasa semasa di tadika. Setengah hari je la sebab bila balik ke rumah aje, terus minta susu. Kira campur la, 1/2 hari + 1/2 hari = 1 hari. Kira jugak la puasa Adik tu. Alhamdulillah tahun ni Adik tak bermasalah untuk bangun sahur setakat ini. Cuma yang mencabarnya waktu lepas pukul 4 pm. Mulalah dia merengek dengan pelbagai alasan... Adik sakit perut... Adik nak susu... Adik dahaga.... Perut Adik kempis ni... Belas jugak rasa hati ibu tambah pula berat si Adik cuma 18 kg je masa tak puasa, masa puasa 17 atau 16 kg je. Tapi terpaksa la pujuk guna psikologi. Ajak tengok tv, main games atau yang paling best bila semua tu tak berkesan..jalan terakhir... Adik, jom tidur! Hehehe... terpaksalah ibu tidur sekali.

SEMOGA ADIK BERJAYA MENGHABISKAN PUASANYA SEBULAN RAMADHAN TAHUN INI.