7 Ramadhan 1429H:
Hari ini hari ketujuh umat Islam di Malaysia dan kebanyakan negara lain berpuasa. Alhamdulillah sehingga hari ini juga Adik berjaya menamatkan puasanya hingga waktu berbuka. Sudah cukup 7 hari Adik berpuasa. Satu cabaran buat Adik kerana ini tahun pertama Adik berpuasa sepenuh hari. Tahun lepas, Adik 6 tahun cuma berpuasa semasa di tadika. Setengah hari je la sebab bila balik ke rumah aje, terus minta susu. Kira campur la, 1/2 hari + 1/2 hari = 1 hari. Kira jugak la puasa Adik tu. Alhamdulillah tahun ni Adik tak bermasalah untuk bangun sahur setakat ini. Cuma yang mencabarnya waktu lepas pukul 4 pm. Mulalah dia merengek dengan pelbagai alasan... Adik sakit perut... Adik nak susu... Adik dahaga.... Perut Adik kempis ni... Belas jugak rasa hati ibu tambah pula berat si Adik cuma 18 kg je masa tak puasa, masa puasa 17 atau 16 kg je. Tapi terpaksa la pujuk guna psikologi. Ajak tengok tv, main games atau yang paling best bila semua tu tak berkesan..jalan terakhir... Adik, jom tidur! Hehehe... terpaksalah ibu tidur sekali.
SEMOGA ADIK BERJAYA MENGHABISKAN PUASANYA SEBULAN RAMADHAN TAHUN INI.
Siapa saya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
heh heh..
Anis tak puasa lansung hari sekolah. Weekends cuba encourage dia puasa penuh, tapi selalu terbabas bila tengok izani makan.. :P
Elisa,
Laili tu kena puasa jugak sebab tak ada orang lain yang tak puasa kat rumah ni. Kalaulah ada, agaknya tak jugak kot?
Post a Comment