1 Ogos 2008
Alhamdulillah berjaya juga Adik menghabiskan puasa kali pertamanya sebulan bulan Ramadhan tahun ini. Alhamdullillah seluruh umat Islam di Malaysia menyambut raya Aidil Fitri tahun 1429 Hijrah hari ini dengan aman. Alhamdulillah saya telah berjaya menjalani peperiksaan akhir bagi tiga subjek semester ini. Alhamdulillah kami sekeluarga selamat balik kampung dan sedang gembira beraya di kampung. Alhamdulillah buat semua rahmat-Mu, Ya Allah...
Buat semua keluarga dan rakan yang sedang dilanda ujian dan musibah dari-Nya, bersabar dan tabahkanlah semangat menghadapi segala dugaan. SELAMAT HARI RAYA buat semua keluarga terutama Abang Long dan keluarga di Dubai dan rakan taulan di Malaysia mahupun di luar Malaysia. Maafkanlah di atas segala kesilapan lalu. Semoga berbahagia di hari raya.
3 comments:
Selamat HAri Raya Nad and Abang ramli!!
Tahun ni Ihsan pun berjaya puasa sebulan. alhamdulillah! (abang dia aje kantol 2 hari)
Alhamdulillah...semoga kita bertemu tak lama lagi, insyaAllah
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dari kami semua...
Selamat Hari Raya Elisa & Ani,
Takde internet kat rumah sekarang.. Lambat le nak update cerita. Kena datang ofis cik abang pulak...
Elisa, takpe... tahun depan abang dengan adikpun ikut puasa penuh jugak harapnye.
Nak balik Malaysia ke Ani? Datang rumah tau...
Post a Comment