Awal minggu lepas Kakak dan Adik dapat jadual peperiksaan akhir tahun sekolah agama. Peperiksaannya dijadualkan mula hari ini Isnin 20/10 sampai Jumaat 24/10. Tapi pada saat-saat akhir Jumaat lepas, Ayah dimaklumkan oleh Ustaz semasa jamuan raya, peperiksaan akhir tahun minggu depan terpaksa ditangguhkan. Dan pelajar tahun 1 hingga 4 tak ada kelas sepanjang minggu depan kerana ustaz dan ustazah perlu hadir kursus. Jadi, Adik free sepanjang petang minggu ini dan Kakak pun lega kerana dapat hadir latihan rekorder tanpa risau tak hadir periksa akhir tahun.
Hari ini selepas pulang sekolah kebangsaan, Adik, Kakak dan Ibu bersenang-lenang bersiap-siap untuk pergi berjalan-jalan ke Alamanda. Kata mereka, dah lama tak pergi sebab minggu lepas ada peperiksaan akhir tahun sekolah kebangsaan. Lepas bersiap-siap dan nak masuk kereta, hampir pukul 3 pm tiba-tiba ibu dapat panggilan telefon dari seorang kawan (ibu kepada kawan Laili)... "Nad, eh sekolah agama ada la. I baru je gi hantar anak i. Ada exam lagi...!". Hah! Terkejut habis kami bertiga... Apalagi Kakak dan Adik macam lipas kudung bersiap tukar baju sekolah agama, ambil beg dan terus masuk kereta. Ibu pun kelam kabut masuk kereta dan hantar mereka ke sekolah. Aduh! Kesian mereka... jawab periksa akhir tahunpun secara bidan terjun.Tak apalah Adik.. Kakak.. cubalah buat yang terbaik. Jawablah apa yang Adik Kakak tahu ya. Langsung tak sempat buat ulangkaji hujung minggu baru ni sebab dah dimaklumkan tangguh. Selamat berjaya Kakak Adik! InsyaAllah...
(Apapun ibu bengang yang amat pada ustaz dan ustazah yang beri maklumat salah tu...)
Siapa saya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment