2 Oktober 2008 - Tanggal ulangtahun kelahiran ke-10 Kakak. Dah besar anak ibu ni. Kasutpun dah saiz besar dari ibunya. Bagaimanapun kerana tarikhnya jatuh bersamaan dengan hari raya puasa tahun ini, sambutannya hanyalah sekadar sebiji kek. Maaf Kakak, ibu tak sempat nak belikan atau buatkan kad atau hadiah untuk kali ini. Kelam-kabut dengan peperiksaan sebelum balik kampung, dan sibuk pula dengan perjalanan pulang beraya.
Tapi Kakak... apa yang lebih penting, majlis kali ini diiringi doa oleh semua ahli keluarga, nenek, sepupu, mak dan bapa saudara. Lebih ramai yang berdoa semoga Kakak lebih diberkati, dirahmati dan dilindungi oleh Yang Maha Kuasa sentiasa. Semoga Kakak menjadi anak yang soleh, sihat dan cemerlang selalu.
... Ibu sayang Kakak...
1 comment:
Laila...kejapa je dah 10 tahun...kasut dah besar dari saiz ibu yer...bnyi sama macam kasut farah aje tu...
Post a Comment