Ikut rancangan kawan-kawan sepengajian, kami akan ke Gunung Kinabalu akhir tahun ini selepas tamat semester 3. Bila bercerita tentang projek ni pada si Ayah, awal-awal lagi dia cadangkan (lebih kepada cabar rasanya...) kena buat latihan fizikal secara konsisten selama 6 bulan sebelum ke sana.
Jadi sebagai menyahut cabaran si Ayah, pagi-pagi Ahad selepas solat Subuh, kami sekeluarga (kecuali Ayah le..hmmm..) keluar berjogging ke tepian tasik di Presint 16. Ibu yang beria-ia mengajak anak-anak untuk menemani... konon-kononnya sebagai latihan awal untuk mendaki Gunung Kinabalu. Adik dan Abang nampak seronok dan bersemangat meneman tapi kesian si Kakak... walaupun bersemangat tapi staminanya tak sekuat semangat. Baru berlari seberang jalan dah sakit perut. Jadi si Adik yang baik hati pun menemanlah Kakak berjalan-jalan je. Apa-apapun berjaya la juga kami berempat menamatkan sesi 'berjogging' Ahad baru ni lebih setengah jam untuk ... berapa km ye..? Latihan seterusnya akan bersambung hujung minggu ini pulak... Semoga lebih bersemangat selepas ini... hehehe...
(tapi hari Isnin dan Selasa habis seluruh badan terasa sengal dan lenguh...hahaha...penangan latihan...)
Siapa saya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
5 Jamadil Awal 1430
Salam
Rasanya... cabaran tu... jogging untuk setengah jam sehari, setiap hari untuk 6 bulan. Bukan seminggu sekali.
Ramli AR
takpo na. sikit2 lama2 tak sakit dah ..
aik????! guaner hok tukang cabor dok ggerok pong???? hehehehe...
Heh..mula-mula slow la dulu... seminggu sekali. Kang terkezut badan. Dah masuk bulan 7 nanti baru la intensif sikit, kan... ;-)
Iza n Wani, thanks for support. Tu la si tukang cabar tu cabar orang je lebih...hehehe...
Post a Comment