Saturday, December 15, 2007

Majlis Kesyukuran

Banyak cerita yang terbuku di hati yang ingin ditulis sejak cerita kedua dulu. Namun hajat di hati tidak kesampaian akibat kesibukan out station di sepanjang 2 minggu awal Disember ni. Bermula dari 2 -5 Disember ke Cameron Highlands menghadiri persidangan sektor, balik ke pejabat satu hari untuk menyelesaikan timbunan tugas disambung ke Port Dickson dari 9 - 15 Disember mengikuti kursus untuk menambah kemahiran pengurusan. Persidangan yang dihadiri menyeronokkan manakala kursus yang diikuti banyak memberi manafaat.

Namun yang ingin dicerita kali ini, dalam kesibukan mengejar waktu, sempat juga kami merancang dan mengadakan majlis kesyukuran antara celah-celah dua tarikh out station iaitu pada 8 Disember (Sabtu). Majlis kesyukuran atas rahmat Allah berikan kepada kami sekeluarga... Luqman mendapat 5A, saya mendapat hadiah latihan persekutuan JPA untuk sambung master juga lulus PTK, bisnes abang yang semakin ok (diukur dari kesibukannya yang bertambah), kesihatan cemerlang anak-anak, juga kerana janji kepada adik beradik untuk jadi host majlis raya puasa lalu tapi tak sempat kerana sibuk dan tak ada tukang masak...hehehe...
Kami menjemput hampir 120 keluarga di kalangan jiran tetangga, adik beradik, sedara mara, kawan pejabat, client abang, kawan universiti, kawan sekolah. Pada yang tertinggal, terlupa... yang tak sempat dijemput, maaf dipohon. Kami cuba yang terbaik dalam masa singkat yang ada. Yang hadir mungkin hampir 150 orang dan cukup memeriahkan majlis kami. Menu agak ringkas, nasi dagang Terengganu berlaukkan ikan aye, acar mentah timun dan pulut kuning dengan lauk rendang daging. Awal-awal pagi Abang masak lauk tambahan gulai ayam untuk standby jika ada yang tak makan ikan tonggol. Jenuh juga dia buat talian hayat ke Ummi (ibu saya) dan Mek (ibu mertua) untuk dapatkan resepi gulai ayam untuk nasi dagang. (Kenapa bukan saya yang masak? Maaf la saya tak menang tangan nak berkemas menyiapkan rumah ditambah penat baru balik CH belum habis!). Saya cuma membuat agar-agar mudah...hehe.. agar-agar Milo aje dan puding caramel dua loyang.












Tapi kami murah rezeki dan berterima kasih kerana ada jiran yang datang dengan membawa puding caramel dan kawan abang yang membawa satu dulang besar tauhu sumbat, cucur udang dan sekotak besar karipap. Juga ada sorang kawan yang membawa sebiji kek besar Secret Recipe - coklat. Hemmm... sedap betul. Berebut-rebut budak-budak yang ada. Tambah pula bila dikeluarkan aiskrim... sekejap je licin.

Alhamdulillah ada bantuan adik saya (Naim), anak sedara (Jijue, Amily) juga Jihah, kawan lama tak jumpa hampir 8 tahun... yang sanggup bersusah payah membantu membancuh air, membasuh dan mengelap pinggan cawan, juga menghulur tangan menghidang dan menambah makanan yang kurang. (Tu la... cadangan guna disposable ditolak oleh ada la orang tu...).Tanpa pertolongan semua, pengsan kami agaknya. Penat memang tak terkata tapi gembira mengatasi keletihan ditanggung badan.

Memandangkan esoknya (Ahad 9 Dis) saya perlu ke PD, malam tu juga saya pastikan kami selesaikan semua urusan basuh membasuh serta mengemas rumah. Lebih kurang 1.45 am barulah dapat merebahkan badan untuk rehat bagi satu hari yang panjang (jemputan pertama datang pukul 12.30 tengahari dan jemputan terakhir pulang 12.15 tengah malam!!). Kepada semua yang menghadiri majlis kami ini, terima kasih diucapkan. Kepada keluarga dan kawan-kawan, maaflah tak sempat nak melayan dan bersembang. Nampaknya kalau nak bersembang panjang, kena buat makan kat kedai aje la... hehehe...

3 comments:

Ramli AR said...

6 Dzulhijjah 1428
Salam

Kalau pakai disposable, lepas majlis, semuanya dibuang. Kalau kita beli pinggan, next time kita boleh guna semula, Jimat kos. Sekali buat majlis, beli 50 biji. Tahun depan beli 50 lagi. 2009, beli lagi 50. By the time Luqman kahwin, pinggan tak yah sewa.

OK le tu. Lagipun, masa basuh... senyum je.....

Ramli AR

najihah said...

alamak..cammane nama kita boleh masuk lak.terharunya.kita pun tak sangka yang kitani rajin..he..he..anyway thanx for having party.boleh jumpa member2.Congratulation for everybody.Na,ari tu tak sempat tanya pasal ur further study.kalau rajin e mail me at jihah99@yahoo.com.a lot of things to ask /tell.

najihah said...

alamak..macammana boleh masuk nama kita ni.yang ianye boring tak ada nak buat apa.kita pun tak sangka yg kita ni rajin.he..he..he.anyway congratulation for everybody and thanks a lot for having a party.merasa gak jumpa member lama.Na,nak tanya pasal ur further study.kalau rajin ym/e mail..jihah99@yahoo.com.my.