Ahad 2 Disember 2007 pada jam 4 pm, kami (saya dan dua rakan sepejabat) bertolak dari KL ke Cameron Highlands (CH) untuk menghadiri persidangan sektor. Pada mulanya, saya bercadang untuk membawa anak-anak bersama memandangkan mereka masih cuti sekolah. Tapi bilik yang diperuntukkan adalah apartment 3 bilik yang perlu dikongsi oleh 3 orang. Jadi bagi mengelakkan ketidakselesaan rakan serumah dan juga kerana aktiviti yang diatur agak padat untuk berjalan-jalan dengan keluarga, saya terpaksa membatalkan niat asal tadi.
Setelah tamat persidangan pada hari Rabu 5 Disember, dalam perjalanan pulang kami singgah di Taman Agroteknologi MARDI di Tanah Rata. Dengan bayaran masuk RM3, pelbagai tumbuhan yang ada di CH dapat dilihat ditanam di sini seperti english garden, taman herba, sayur, strawberry, ros, orkid, kaktus dan teh. Landskapnya cantik sekali. Apa lagi, posing sakan le saya.. hehehe... Lain kali insyaAllah saya akan bawa anak-anak bercuti ke sini.
Kami sampai lebih kurang 9.30 malam setelah berhenti makan dan solat di Hentian Tapah. Oleh kerana dah terlepas makan malam yang disediakan oleh hotel, kami keluar jalan-jalan cari makan. Pandai penganjur memilih hotel. Kami menginap di Star Regency Hotel Apartments, betul-betul di hadapannya pasar malam Brinchang dan di kirinya Cactus Valley. Macam-macam ada dijual terutama sayur segar yang murah dan buah strawberry. Juga jagung manis yang cukup enak dan ubi keledek madu yang lembut.
Nasib baik sesi persidangan berjalan lancar sekali. Setiap sesi petang habis kurang lebih 4.30 pm, jadi kami ada masa untuk jalan-jalan ke Cactus Valley, Rose Garden dan Strawberry Farm. Tak pernah saya makan sebegitu banyak strawberry tapi di sini rasanya sedap sekali dimakan begitu sahaja. Strawberry dijual satu paket sederhana dengan saiz buah besar-besar dengan harga RM5 dan jika dibeli 6, percuma satu paket.
Geram melihat buah-buah segar baru dipetik. Banyak kami makan di Healthy Strawberry Farm. Tuannya tak kedekut untuk bagi kami rasa (makan percuma la...hehehe...).
Setelah tamat persidangan pada hari Rabu 5 Disember, dalam perjalanan pulang kami singgah di Taman Agroteknologi MARDI di Tanah Rata. Dengan bayaran masuk RM3, pelbagai tumbuhan yang ada di CH dapat dilihat ditanam di sini seperti english garden, taman herba, sayur, strawberry, ros, orkid, kaktus dan teh. Landskapnya cantik sekali. Apa lagi, posing sakan le saya.. hehehe... Lain kali insyaAllah saya akan bawa anak-anak bercuti ke sini.
No comments:
Post a Comment