Pada hari Jumaat lepas 25042008, sebaik masuk ke rumah sesampai dari sekolah agama, Adik dengan gembira datang membisik ke telinga Ibu..."Ibu, ada sesuatu Adik nak cakap...Adik dah masuk Al-Quran". Maksud Adik bacaan Iqra' nya sudah memuaskan hati ustazahnya jadi ustazah telah meminta Adik cuba membaca Al_Quran pula. Alhamdulillah! Adik berjaya mula pada usia 7 tahun. Dan dengan perasaan seronok, Adik meminta Ayah membelikan senaskhah Al-Quran baru kerana Abang dan Kakak telah mempunyai naskhah masing-masing. Selepas dibeli, sebaik sahaja sampai di rumah, Adik terus mengambil wudu' dan mula membaca Al-Quran baru pilihannya yang berwarna pink! Alhamdulillah... agak lancar bacaannya bagi seorang budak yang baru masuk Al-Quran. Sejuk hati... Ibu doakan semoga sentiasa dirahmati dan diberkati Allah.
Siapa saya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Tahniah Adik!
teruskan membaca Al-Quran dan jadikan Al-Quran teman sepanjang hayat - maknanya di baca dan dihayati maksudnya .
Post a Comment