Wednesday, April 16, 2008

Langkah Pertama Ke UiTM

Sebaik sampai di rumah petang semalam 15042008, Kakak (anak perempuanku) dengan perasaan teruja memberitahu Ibu mendapat surat dari UiTM. Segera kubuka dan mendapati ia surat panggilan temuduga untuk pengajian sesi Jun 2008. Memang telah ku sedia maklum temuduga adalah salah satu prosedur kemasukan ke UiTM untuk pengajian sarjana. Tapi apa yang tidak kuduga ialah tarikh temuduganya itu pada hari ini 16042008! What a really short notice! Mungkin mereka ada cuba menghubungiku melalui telefon tetapi tidak berhasil kerana telefon bimbitku dalam mode silent sepanjang hari sepanjang 5 minggu lepas kerana menghadiri kursus.

Tiba di UiTM pada jam 8.15 pagi dengan dihantar oleh cik abang tersayang (terima kasih... kalau bawa kereta sendiri belum pasti dapat tiba seawal itu...). Bermula dengan perlu menulis 1 esei sepanjang 250 patah perkataan, dipilih antara 4 topik yang diberikan. Agak terkial-kial juga memikirkan apa yang hendak ditulis memandangkan dah lama tak mengarang in english ni. Semasa ku tiba, calon lain telahpun 15 minit memulakan penulisan mereka (hehehe... kira lewatlah ku tiba tadi kerana surat memaklumkan sesi bermula jam 8 pagi...). Bagaimanapun, temuduga dengan 2 orang penemuduga (mungkin pensyarah kursus ku nanti) pada jam 10 pagi tadi berjalan lancar bersama-sama 3 orang bakal penuntut yang lain. Inilah langkah pertama ku ke UiTM tahun ini. Semoga berjaya diterima melanjutkan pengajian nanti.

5 comments:

elisataufik said...

nad,

"Sarjana" is masters, eh? nak ambik kursus apa?

IKHWANI said...

Best wishes Na!
Insya-Allah all goes well nanti.

bila tau results?

nad said...

Elisa,
Saya mohon Master in Forensic Accounting & Financial Criminology di UiTM Shah Alam. Ala-ala cerita CSI tu le...hehehe... cuma berbeza semak dari aspek kewangan cum white collar crime gitu.. macam nak jadik penyiasat le pulak. Saja minat nak tambah ilmu dan skill dalam bidang tu. Rasa-rasa macam related je dengan audit work.

Wani,
TQ. Doa-doanye gitu la, harap diterima sebab really determine nak ambik kursus tu sampai tak apply pun U lain. If reject naya le sebab satu ofis dah tau nak gi belajar Julai ni. Result may be in May. Tungguuu...

elisataufik said...

eh interesting nya.. memang boleh buat series baru : "FInancial Forensics"

nik ahmad said...

salam, dah start belajar ker dengan master tersebut...
waktu interview apa yang dia tanya..
sy ada mohin 17 ogos 2015 ni interview..
minat sy ngn course ni..