Sejak Adik ke rumah sepupunya untuk sambutan hari lahir sepupunya, Julia pada bulan lalu yang disambut dengan begitu meriah, Adik begitu teruja untuk menyambut hari lahirnya pula. Apatah lagi Adik seolah-olah orang terakhir yang menyambut hari lahirnya dalam keluarga kami jika dikira bermula dari Ibu (September), Kakak (Oktober), Abang (November) dan Ayah (Disember). Apabila semakin hampir... sepanjang seminggu lalu, Adik begitu gembira menunggu-nunggu dan mengira-gira tarikh ini. Semalam 24 Januari 2008, Adik genaplah umurnya 7 tahun.
Sebagaimana biasa kami meraikan hari lahir ahli keluarga yang lain, sebiji kek dibeli diiringi dengan doa selamat. Dan seperti yang Adik bayang-bayangkan, kami berempat memberikan hadiah kecil setiap seorang untuk Adik. Tak disangka-sangka kawan yang baru dikenali beberapa hari di Tahun 1, Izzati turut memberikan hadiah buat Adik. Tahun lalu, hari lahir Adik disambut di tadika dengan meriah oleh kawan-kawan dan guru. Ayah cuma menghantar kek dan goodies yang telah Ibu tempah lebih awal ke tadika kerana Ibu terpaksa menghadiri kursus pada hari itu.
Kakak dan Ibu mengirimkan e-greeting kepada mel Adik (yang Adik telah baca sehari awal...) dan Sustagen Kidz Club juga tidak lupa mengirimkan kad ucapan buat Adik. Tahun lepas, Ibu melukis satu peta seolah-olah mencari harta karun sebelum mendapat hadiah dan kadnya. Tapi kali ini, Adik perlu menjawab empat soalan teka-teki terlebih dahulu untuk mencari tempat hadiah-hadiah itu disembunyikan. Tahun ini, Adik kerana seronok dan gembira dapat menyelesaikan soalan-soalan yang diberi dan dapat menjumpai hadiah dengan cepat.
Adik,
HAPPY 7th BIRTHDAY!
HAPPY 7th BIRTHDAY!
We love you.
Ayah, Ibu, Abang dan Kakak semuanya mendoakan semoga Adik menjadi seorang insan yang cemerlang, sentiasa dilindungi dan diberkati Allah selalu.
3 comments:
Laili..selamat hari lahir... semoga menjadi anak yg solehah..yang comel dan bijak seperti abg luqman dan kakak laila..
Selamat bersekolah !!
Happy birthday to Adik! Semoga menjadi insan solehah dan berjaya di masa depan.
Terima kasih Ani dan Wani atas doa kalian. Kakak dan Adik ucap terima kasih dan kirim salam,
Post a Comment