Monday, December 31, 2007

Tahun 2008 & Maal Hijrah 1429

(...Cerita terakhir saya untuk tahun 2007...) Dalam tempoh kurang 4 jam, tahun 2008 akan menyapa kita semua. Selamat Tahun Baru saya ucapkan. Dalam hati saya berdoa semoga sambutan di negara kita kali ini tidak keterlaluan. Semoga rakyat Malaysia terutama muda mudi dan kaum belia (walaupun ada yang lebih 40 tahun tapi perangai mengalahkan anak remaja) sedar diri dan insaf tentang pelbagai masalah di negara kita sekarang berpunca dari gejala sosial dan keruntuhan akhlak. Tapi secara ikhlas, pada pandangan saya, lebih baik kita membesarkan sambutan Tahun 1429 Hijrah pada 10 Januari 2008 nanti. Semoga pada petang 9 Januari nanti, dalam kesibukan mengejar dunia seharian, kita berkesempatan meluangkan masa untuk membaca doa akhir tahun sebelum azan maghrib dan membaca doa awal tahun setelah azan maghrib dan sama-sama berdoa semoga kita semua, keluarga dan rakan-rakan dijauhi dari segala kemungkaran.

DOA AKHIR & AWAL TAHUN

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata,
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun". Berikut adalah Doa Akhir Tahun:

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga Baginda dan para sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata, "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan". Berikut adalah Doa Awal Tahun :

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu. Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...

1 comment:

IKHWANI said...

Na, semakin dekat mencapai umur 40 tahun semakin risau pulak rasa..sepatutnya bertambahlah amalan seiring dengan usia..mudahan Allah sentiasa merahmati kehidupan kita..

Ya, jangan pulak lupa sambutan Ma'al Hijrah nanti. A good reminder. Masjid kat tempat kita ni dah siap edar borang2 penyertaan untuk meng-imarahkan 1 muharram nanti. Ada pertandingan mewarna untuk anak2, jualan untuk dewasa disamping aktiviti keagamaan yang lain.

Semoga Tahun mendatang nanti dipenuhi barokah. Ameen.